5 July 2014 (7 Ramadhan) - kenapela susah sangat..!!

Hari ni aku memang dah plan dari semalam nak pergi ke Jusco Alpha Angle (Aeon Wangsa Maju tu)...
Aku memang suka carik baju raya kat sana..
So hari ni pepagi bebudak dah bangun.. Ngam 5 minit pukul 10 aku dah sampai Jusco..
Semangat giler nak shopping!
Encik Daddy dah layan bola (German won against France!! Woot!) Pepagi tadi memang tak ikut la..
Ibu dengan abah je yg teman aku dgn bebudak shopping ari ni..

Sesampai je settlekan bebudak dulu...
Hari tu dah beli baju raya kat SOGO.. La ni tinggal carik 2-3 barang dorang yg tercicir macam jeans..and kasut..
Nak settle kan barang dorang je dah dekat 2 jam..
Nasib baik orang tak berapa nak ramai..
Tak yah nak beratur masuk fitting room and nak membayar..

Lepas tu baru pergi carik baju aku, atuk and nenek..
Malangnya takde la banyak baju yang menarik bagi aku lah... 
Tak tau la aku ni taste ape..
Time raya memang susah giler nak cari baju!
Ada yang aku berkenan takde saiz pulak..
Frust..
Sudahnye dapat sepasang je..
Jadi lah... sok esok pulak carik kat tempat len..

Yang encik Qaiser, orang nak shopping baju raya dia sebok nak toys...
6 batu jauh dier dah nampak Hotwheels.. *pasrah*
Terpaksa aku layankan..
Kalau tak jangan harap la dapat nak shopping dengan aman...

By 1 ish aku dah tak larat nak jalan..
Balik laaa..

La ni tengah fikir nak makan ape tuk bukak pose?
Semalam nenek yang masak pengat pisang..marvellous!!

Hari ni..? Bubur kacang plak kot?
:p

XoXo

2 comments:

Shada Dadadoodoo said...

dulu pun i suke pegi sini..gi beli baju baju kat jusco..banyak choice hehe

Hanie Ly said...

Kan? tapi this year macam kureng skit.. mebbe i gi terlalu awal kot? haihh.. kat mane pulak den nak cari baju raya nih..