1 July 2014 (3 Ramadhan) - Resepi buka puasa.. Ikan Masam Manis Bernenas Che Mat

I don't know about you guys but for me, ever since Ramadhan starts I can't stop thinking what to cook or to buy for Iftar..
So memang this time around the year aku akan sebok menggoogle resepi bila ada kelapangan..
Kalau banyak kerja kat ofis, mintak maaf la.. jawabnye makan je apa yang ada..
 
Semalam macam biasa bila Qis dah balik sekolah aku akan call dia..
Just to check on them..
So aku pesan rendam ayam.. nanti balik balik senang aku masak terus..
Balik rumah semalam tengok dia tak buat..
Sabar je bebulan puasa ni kan...
 
Nasib baik aku ada google a few recipes earlier..
Sempat gi bazaar beli kuih sesikit..
Singgah kedai beli ikan kerapu and nanas dalam tin...
Tinggi je cita² nak masak Ikan Masam Manis Bernenas yang aku dapat dari Dapur Tanpa Sempadan..
 
Cabaran yang perlu aku tempuhi ialah:
Ikan. Aku paling tak reti goreng ikan... mesti melekat.. ni kan pulak nak goreng ikan kerapu yang besar nih... memang aku pakai kuali paling besar yang aku ada and letak minyak banyak².. and tunggu sampai minyak da panas betul baru goreng...
Sambil baca Bismillah banyak²...!
 
Tapi Alhamdulilah... jadi jugak..
Nampak macam susah kan?
Tapi senang je..
Kalau aku yang tak berapa reti masak ni pun boleh buat apetah lagi orang yang hari-hari ke dapur...
:P
 
Selamat mencuba... and thank you pada Che Mat yang share resepi ni...

 
 
BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ikan kunyit bersaiz besar (atau ikan pilihan anda)
1 tin kecil nenas dalam tin
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar penuh sos cili JALEN
1 camca besar penuh sos tomato JALEN
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. Lumur ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan 1 camca besar tepung jagung. Lumur rata2, kemudian goreng hingga ikan masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat dan letak dalam bekas sesuai. Nenas dalam tin dikeluarkan dan dipotong kecik. Airnya diasingkan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak. Tumis serai, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan sos tomato. Masak sekejap dan tuang air dari dalam tin nenas tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan nenas yang dipotong kecil, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan jika perlu baru masukkan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan, ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan dengan segera..
Hmmm hari ni nak masak ape???
And it's only 8.30AM!!

XoXo

No comments: