18 July 2014 (20 Ramadhan) - Aikkk

Lately ni aku busy sangat sampai tak sempat nak capture my history kat blog ni...
Balik rumah terus pergi param, then masak...
Mandikan Qaiser..
Tup tup dah bukak puasa..
Lepas dah bukak puasa, mata pun berat...
Kekadang tak larat pun nak terawih.. bantal dah panggil-panggil...

Since esok cuti, aku pun sesaje la bukak lappy ni since takde citer best kat TV nun...
Charlie's Angel??
Seriously..aku dah hafal dah jalan cerita dier...
So sesaje la tengok traffic blog..
Tengok keywords apa yang dorang pakai sampai landed kat blog aku nih...
Today I noticed ada orang searched for Hanie Rosly...!
Nampak tuu??


Aiyooo scary OK..
I hope it's not someone from work! hahaha
I like to keep my personal life, private..
Well, at least from the people I know lah... :P

Walapun normally I like to share about my life experiences, hoping that it will be able to help other people too..
Sometimes ada jugak posts about rasa tak puas hati ke ape..
Biasa lah manusia..
But I rather channel it here.. share it with strangers...
than argue with the faces that I have to see everyday...
How awkward will it be?

By the way, I read about MH17 right after sahur this morning...
I was shocked and sad of course..
My prayers are for the affected family of the tragedy..
Tuhan je tau perasaan mereka..
Innalillah...
And this tragedy affected the life of someone from work too.. just like MH370..
Be strong dear colleague..
My deepest condolences for you and your family...
Al-Fatihah..

Another sad day in Malaysia...

Not so XoXo

16 July 2014 (18 Ramadhan 2014) - Apron! Lotsa aprons!

The story about apron started on the day we went to Spotlight's grand opening last Saturday..
Qis suka sangat with this one plastic apron yang berharga RM50..
Plastic OK!!
I will not buy her a piece of plastic for RM50!
Memang lah cute... ada gambar cupcakes all over it..
But RM50!! for a piece of PLASTIC!!
No way...
 
So aku cakap tak payah la kakak... nanti aku jahitkan je..
SInce semalam cuti, dia pun tuntut lah apron yang aku janji nak jahit tu...
Maka bersemangatlah mama ni pun menjahit apron...
Senang je pun nak membuatnye...

 

* potong *

* jahit *

* siap! Qaiser pun dapat satu... well, most master chefs in the world are male right? *
 
Lepas tu aku pun happily post it on FB..
Tak sampai seminit ada sorang kawan adik aku mintak jahitkan for her 2 nieces..
Tak sampai hati plak nak kata tak... so I said yes..
Aku tau if I put it aside, entah la bila nak siap apron tu, so aku pun jahitlah terus...
Sempat gi param, masak semua, ngam² sebelum bukak puasa siap apron² tu...



* ta da~! *
 
Maka, ke laut lah plan aku nak jahit alas meja tuk raya...
Maybe this weekend?
 
XoXo

14 July 2014 (16 Ramadhan) - Kuih raya and SALE! Things that make me happy!

Last Friday lepas amik Qis balik sekolah, kitorang terus pergi TM Point nak purchase remote HyppTV sebab yang lama dah rosak..
Tetiba je rosak.. lampu ada tapi tekan² tak boleh..
Turned out, TM Point takde yang baru.. ada yang second hand je tapi in good condition..
Tak kisah la.. janji boleh guna..
So I bought it for RM10.. Kalau yang baru harga dia RM25..

Lepas tu Qis sebok ajak aku pergi Ampang Point sebab kawan dia kata ada Mr DIY baru bukak kat sana..
Lagipun dah lama tak jalan berdua dengan mama katanya..
Fine.. aku ikutkan je..
Luckily I did, if not we wont discover this cool new store, Spotlight!
Memang crafters heaven... Dari quilt, sewing, crafts, home accesories .. semua ada..
Memang jadi gila jap aku kat sana..
But since the promoter kata esok grand opening, SALE pun start esok so we didnt buy anything and decided to come back tomorrow...

Ngam² nak balik tu Ah Wai call kata nak hantar dapur...
Yippee! Double joy for me today... :D

So Saturday morning, bersemangat lah nak pergi Spotlight nye Grand Opening tuh...
Aku excited bukan sebab apa, sebab tengok Simplicity Sewing Pattern RM11 aje!!
Dah la susah nak carik kat Malaysia nih..
Kalau nak order online USD5 to USD20 satu OK.. mahal.. postage fee lagi?
Sampai je Ampang Point tu nak masuk parking dah jam..
Nasib baik ada gak parking space tuk keter buruk aku tu..

Naik je Spotlight tuuu dia ramainyeee manusia..
Terus pergi kat tempat sewing pattern tu..
Orang memang ramai la.. katalognye ada dua je..
Satu aku tengok elok je orang share..
Yang lagi satu nih, makcik (walaupun pangkat akak tapi sebab menyampah aku panggil makcik) ni take her own sweet time to browse..
Sakit hati tak?
Tak peduli pun orang tengah tunggu ke ape ke..
Amboi ko sorang je yang ada duit nak beli ye?
Geram aku.. Nasib baik bulan puasa..
Tapi last² aku selambe je cakap 'Sorry, share boleh?' sambil aku flip the pages kat sebelah kiri..
Tak tunggu dia respond. Tak kuasa.
Buku tu tebal.. ko flip pages kat sebelah kanan... bagi la org len tengok belah kiri..
Tak luak pun.. Dapat gak aku 6 pattern.. 1 for Qaiser, 2 for me and 3 for Qistina..
Lepas tu aku dah sesak nafas, kitorang dapat la grab a few other things..
Then pergi queue untuk bayar..
Line dia tuuu dia... daripada entrance sampai la exit...
Panajng gila..
Aku beratur dekat 2 jam ade..
Nasib baik atuk ikut.. tolong tengok Qaiser yang dah bosan..
So dia main toys dia kat luar..selamber..
Masa kitorang nak balik tu tengok dorang siap hold orang tak bagi masuk..
Sebab dah ramai sangat agaknye..
Padahal sale sampai 22 July...
Hehe Grand opening sangat... Pening!!


Balik je rumah Qis ajak buat raya cookies..
Bersemangat nak try oven baru...
Siang buat, malam buat,
Semalam lagi buat..
Hahaha tak tau la excited nak raya atau excited dengan oven baru..
 

 
* biskut oats *


*biskut koko krunch *

* Qaiser pun sebok nak tolong.. sampai bergaduh² dengan kakak *

* muka budak happy dapat buat biskut raya *
 
Esok cuti, malam ni plan nak buat lagi dengan Qis!
:P
Oh ye.. Suria FM dah start main lagu raya!
:D
 
XoXo
♥

10 July 2014 (12 Ramadhan) - Gloomy Thursday

Pagi ni gloomy je... memula aku tengok macam mendung..
Kejap lagi tengok kat luar dah basah..
Entah bila yang hujan aku pun tak tau..

Nak bangun pergi kerja, berat je..
Petang semalam boss panggil.. he wants me to help with recruitment..
RECRUITMENT!!
Haihh
Memang la ada buat pun selama ni..tapi takde lah 100% focus on recruitment..
Aku ni dah la cepat bosan...
Kalau tengok CV lelama bertambah rabun la mata aku yang dah memang rabun nih...
Besides, I thought I have told him that recruitment is not my forte...
Haihh

On top of that, I have to move again... this time from 26th floor to 17th floor..
Today!
So that I can be with the rest of the HRs..
Senang nak suruh aku buat kerja lah tuh...
Another sighs..

I just cant believe yang kat entity lagi satu yang punya lah ramai HR tuh semua pun tak boleh tolong buat recruitment..
Adakah dia suruh aku buat sebab dia ingat aku nih takde kerja nak buat?
Atau sebab dia ingat aku nih senang je nak di suruh buat itu ini..

I think I have more responsibilities than them.. I have to cover everything..
they are responsible for one thing.. ONE..!
For example if A is doing work permit, she just do work permit..
If B is handling the system, he just nees to look after the system..

Haihh I just feel like I needed to let it out..
Fine. I'll give it a try..
But dont say I didnt warn that recruitment is not my forte!!

Nama pun kerja kan..
Nasib baik bukan aku yang boss..
:P

Sampaikan hari pun meratapi kesedihan aku..
Gloomy as my heart..
Thank God tomorrow is Friday...


Not so XoXo

9 July 2014 (11 Ramadhan) - Sedih..

Terasa macam sangat selfish nye nak sedih pasal perkara kecik ni when somewhere in the world ada orang yang mengalami nasib yang lebih sedih beribu kali sedih compared to me..

Tapi tetap sedih jugak..

Ah Wai was supposed to deliver the standalone cooker yesterday, right?
But when I called him, katanya tak sampai lagi...
Oh sangat frustrated nye..
Orang nak buat kuih rayeeeee.... *cry*

Aku siap (dengan penuh kesabarannye) cakap kat Ah Wai tu 'Haaa lagi postpone ke?? Hari Khamis atau Jumaat??' dengan gaya ala-ala sedih dan frust..
I added 'Ah Wai... mau raya woo... I nak buat kuih rayaaaa, I mau nangis woo sekarang'
I just can't imagine how I look while saying that but I said it..
Dengan harapan Ah Wai akan bersimpati...
Ah Wai replied 'Ye kakak, saya tau mau raya... I tolong sama you... Khamis atau Jumaat ok..I try ok'
Pasrah je aku pun menjawab 'OK'

Sambil menggoogle 'hak pengguna'...

Dulu pernah kena sekali, tengok statement bank ada monthly deduction 200++..
Patutla rasa macam short je duit aku.. rupanya ada deduction haram..
So aku pun korek punya korek.. rupanya gym yang deduct.. untuk gym membership..
Sedangkan aku takde pun register untuk join memane gym..

Yang Maybank pulak, since dah ada standing instruction, dorang tak boleh suka² hentikan transaction tu walaupun tuan punya akaun kata no permission was given for the deductions...
Menyusahkan kan kan??

So I tried to settle it nicely with the gym.. tapi dorang beria ia kata aku dah sign borang membership tu..
So aku pun report kat Tribunal Pengguna.. I had to lodge a police report..
Kene isi form.. then hantar satu copy kat gym tu... then kena bayar RM5 kot..
Lepas tu wait until the tribunal schedule a court hearing for you.. Masa tu dua-dua party kena ada untuk selesaikan issue tu..

Masa aku pergi tu macam² la masalah yang orang lain kemukakan.. susu baby expired lah.. MLM lah..
Yes, it's an open court.. satu session ada a few cases camtu..
So tunggu la judge tu panggil nama..

Bila turn aku, the gym's representative sangatla sombong nye..
OMG.. Malay lady..
Aku tak perlu cakap apa² pun.. The judge baca my police report.. and then dia cakap kat gym's rep tuh 'If she said that is not her signature on the form then it's not her signature lah'
Sempoi kan? I still remember it clearly because I was shocked at how easy it was..
Then the judge ordered them to pay back my money yang dorang dah deduct..
Padan muka mereka..

Anyway, back to Ah Wai dan dapur ku...
aku masih lagi boleh menunggu dengan penuh kesabaran sampai Khamis atau Jumaat nih..
Dengan harapan Ah Wai akan menepati janjinya so that aku boleh buat kuih dengan Qis this weekend... cewah. Bahasa. Menepati janjinya... *muntah*

In the mean time, pasrah je..

Not so XoXo

8 July 2014 (10 Ramadhan) - Lagu raya feveret

One of the things that I love about bulan puasa is when shops and radio channels start to play lagu raya..
Radio belum dengar lagi.. mebbe after 2 weeks puasa baru dorang pasang kot..
And seakan routine, time bulan puasa je lah aku akan dengar radio channel melayu..
Macam Suria FM ke.. Ultra ke.. memana yang pasang lagu raya paling kerap!
Theehehe..
Macam budak² ke? Budak² pun tak jakun sangat nak dengar lagu raya cam aku kot..

Lagu raya cheers me up..
Always. Without fail.
Kadang kat office ni, walaupun bukan bulan puasa, kalau aku rasa down sangat aku akan dengar lagu raya..
Satu je jadi lah.. Cukup untuk bagi aku happy balik..

La ni baru 10 Ramadhan, semalam lagi aku dah busy mendownload lagu raya..
Nasib baik handphone dah canggih... boleh donlot kat sini je..
PC Ofis mana boleh donlot.. dorang block semua.. :P
Too early ka untuk lagu raya?
I dont care! Nak dengar jugak..
It's the only thing that can help me get through the day at work, at the moment.. cewah..

Ni lah lagu² yang aku donlot semalam:
1. Anugerah Aidilfitri - Siti Nurhaliza
2. Selamat Hari Raya - Fazidah Jonet
3. Selamat Hari Raya - Saloma
4. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza
5. Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir
6. Aidilfitri - Sanisah Huri
7. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
8. Menjelang Hari Raya - DJ Dave
9. Satu Pagi di Hari Raya - Various artist
10. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Helina
11. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
12. Suasana Riang di Hari Raya - Junainah
13. Satu Hari di Hari Raya - M Nasir
14. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza

Banyak jugak rupenye aku donlot .. :P
Lagu ape lagi yang best??
Googling *lagu raya top 40!! :P

XoXo


7 July 2014 (9 Ramadhan) - Saying hello..

To my antique sewing machine yang dah agak lama di abandoned...
Sorry la mesen.. mood tak sampai²..
Ni pun aku gigih kan jugak sebab takut sampai raya mood tak sampai, tak de la langsir baru tuk pintu² dalam rumah tu..
Langsir yang ada sekarang ni aku jahit masa Qaiser pun belum wujud rasanya..
Dah 4-5 tahun ada kot..
Walaupun elok lagi tapi warna dia coklat..
Buat ruang makan tu nampak suram.. Dah la dinding purple! :S
Daddy kata nak cat warna light brown(biji jambu??) cam warna pantry belakang.. tapi entahla sampai ke tak mood dia nak mengecat tuh..
 
So aku pun pilih warna creamish yang bright skit..
Dengan harapan boleh menceriakan sikit ruang makan yang suram tuh...
Alhamdulillah walaupun rasa cam terpaksa je menjahit semalam siap gak langsir tuh..
Bukan susah pun kan straight je..
Kiri, kanan, atas, bawah, siap!
Cuma nak melayan selingan² kerenah encik Qaiser and cik Qistina tu je..
Kalau tak lagi cepat siap kot.
 
Tak sabar nak pasang langsir baru..
Nak pasang sekarang ke?
Semangat je.. raya 3 minggu lagi kak..
:P

 
 
 
XoXo
♥

5 July 2014 (7 Ramadhan) - kenapela susah sangat..!!

Hari ni aku memang dah plan dari semalam nak pergi ke Jusco Alpha Angle (Aeon Wangsa Maju tu)...
Aku memang suka carik baju raya kat sana..
So hari ni pepagi bebudak dah bangun.. Ngam 5 minit pukul 10 aku dah sampai Jusco..
Semangat giler nak shopping!
Encik Daddy dah layan bola (German won against France!! Woot!) Pepagi tadi memang tak ikut la..
Ibu dengan abah je yg teman aku dgn bebudak shopping ari ni..

Sesampai je settlekan bebudak dulu...
Hari tu dah beli baju raya kat SOGO.. La ni tinggal carik 2-3 barang dorang yg tercicir macam jeans..and kasut..
Nak settle kan barang dorang je dah dekat 2 jam..
Nasib baik orang tak berapa nak ramai..
Tak yah nak beratur masuk fitting room and nak membayar..

Lepas tu baru pergi carik baju aku, atuk and nenek..
Malangnya takde la banyak baju yang menarik bagi aku lah... 
Tak tau la aku ni taste ape..
Time raya memang susah giler nak cari baju!
Ada yang aku berkenan takde saiz pulak..
Frust..
Sudahnye dapat sepasang je..
Jadi lah... sok esok pulak carik kat tempat len..

Yang encik Qaiser, orang nak shopping baju raya dia sebok nak toys...
6 batu jauh dier dah nampak Hotwheels.. *pasrah*
Terpaksa aku layankan..
Kalau tak jangan harap la dapat nak shopping dengan aman...

By 1 ish aku dah tak larat nak jalan..
Balik laaa..

La ni tengah fikir nak makan ape tuk bukak pose?
Semalam nenek yang masak pengat pisang..marvellous!!

Hari ni..? Bubur kacang plak kot?
:p

XoXo

4 July 2014 (6 Ramadhan) - Penantian itu satu penyeksaan...

UNtuk orang yang kurang sabar cam aku nih...

Remember the day when I bought the new standalone cooker?
Yeap that was in May...
A couple of weeks ago Qistina wanted to bake cookies...
So I said OK, let's test the new oven...
Luckily I decided to try to turn it on first before buta-buta je pergi beli barang...
That's when we found out that we got a gas oven instead of an electric oven!!
I was frustrated of course..
And pissed..

I remembered clearly the day we went to get the stove..
I asked the promoter over and over and over again if the oven was electric and he and my husband said yes..
SO ape lagi... Aku pun suruh Daddy tukar laaa!!
Aku dah bersemangat pergi survey semua sebelum beli...
Daddy yang beria nak beli stove Elba tu... tanpa kaji selidik about the product..

Kami pun pergi la kedai tu balik...
Coz Daddy dah call dah Ah Wai ni so he knew why we came to see him.. Dia cakap on the phone dia nak tengok dulu dapur tu.. + kena tambah RM800 untuk tukar standalone cooker with electric oven
Bila aku sampai kedai, dia cakap kalau dah pakai tak boleh tukar..
Aku pun naik angin la..
Aku cakap what do you mean dah pakai tak boleh tukar..
Aku beli dapur mesti la aku da pakai untuk memasak.. takkan nak simpan buat trophy kan?
Lepas tu aku suruh Daddy settle and aku terus keluar dari kedai tu..
Sebab aku tau perangai aku ni kalau da angin mana reti nak cakap bebaik dengan orang..
Kang tak pepasal je drama kat kedai letrik tuh..
So aku pun bawak bebudak gi Giant.. biar Daddy yang settle..

Ye la... salah aku, dah 2 bulan baru nak test oven...
Tapi as a promoter, he should know his product isnt it??
Kalau dia tau barang dia tak jadi la camni..
Haihh

Anyway masa tengah lepak dengan bebudak kat Giant, Daddy call kata Ah Wai dah agree nak tukar and we just have to add RM300 instead of RM800.
Fine. Entah ape yang Daddy ayat si Ah Wai ni...
Janji tukar..
Kalau tak sakit hati je aku tengok dapur gas tuh!

A couple of days after that Ah Wai call bagitau hari Khamis dia akan hantar dapur tu..
Which was supposed to be yesterday lah...
Tapi petang semalam pun nak harap kan aku call baru dia nak check barang dah sampai belum...
Tetengok barang belum sampai...
Dia cakap akan cuba lagi hari ni..
Tadi aku call katanya Selasa baru barang sampai..
FINE..

For those who know me, tau betapa susah nya aku nak menahan diri aku ni dari memaki hamun orang bila aku tak puas hati...
Nasib baik bulan puasa nih..
So yang aku boleh buat is bersabar dengan tabahnya sampai hari Selasa.

Fine. Aku lenjan la dulu dapur ni..
The delay is not my fault pun..
I have to cook!
Dah la frust tak dapat nak bake raya cookies this weekend..(semangat je)
Hmph.
Dia pun cakap 'Kakak, guna dulu dapur tu.. nanti cuci bagi bersih.. oven je jangan pakai'
Ha ye lah... tu pun nasib baik aku nak cuci tau!!!
Hampeh

Tengok la hari Selasa ni sampai tak dapurnye??

By the way, hari ni aku nak masak bubur pengat pisang..
Teringin plak nak makan..
korang buka ape?

Not so XoXo

1 July 2014 (3 Ramadhan) - Resepi buka puasa.. Ikan Masam Manis Bernenas Che Mat

I don't know about you guys but for me, ever since Ramadhan starts I can't stop thinking what to cook or to buy for Iftar..
So memang this time around the year aku akan sebok menggoogle resepi bila ada kelapangan..
Kalau banyak kerja kat ofis, mintak maaf la.. jawabnye makan je apa yang ada..
 
Semalam macam biasa bila Qis dah balik sekolah aku akan call dia..
Just to check on them..
So aku pesan rendam ayam.. nanti balik balik senang aku masak terus..
Balik rumah semalam tengok dia tak buat..
Sabar je bebulan puasa ni kan...
 
Nasib baik aku ada google a few recipes earlier..
Sempat gi bazaar beli kuih sesikit..
Singgah kedai beli ikan kerapu and nanas dalam tin...
Tinggi je cita² nak masak Ikan Masam Manis Bernenas yang aku dapat dari Dapur Tanpa Sempadan..
 
Cabaran yang perlu aku tempuhi ialah:
Ikan. Aku paling tak reti goreng ikan... mesti melekat.. ni kan pulak nak goreng ikan kerapu yang besar nih... memang aku pakai kuali paling besar yang aku ada and letak minyak banyak².. and tunggu sampai minyak da panas betul baru goreng...
Sambil baca Bismillah banyak²...!
 
Tapi Alhamdulilah... jadi jugak..
Nampak macam susah kan?
Tapi senang je..
Kalau aku yang tak berapa reti masak ni pun boleh buat apetah lagi orang yang hari-hari ke dapur...
:P
 
Selamat mencuba... and thank you pada Che Mat yang share resepi ni...

 
 
BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ikan kunyit bersaiz besar (atau ikan pilihan anda)
1 tin kecil nenas dalam tin
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar penuh sos cili JALEN
1 camca besar penuh sos tomato JALEN
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. Lumur ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan 1 camca besar tepung jagung. Lumur rata2, kemudian goreng hingga ikan masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat dan letak dalam bekas sesuai. Nenas dalam tin dikeluarkan dan dipotong kecik. Airnya diasingkan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak. Tumis serai, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan sos tomato. Masak sekejap dan tuang air dari dalam tin nenas tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan nenas yang dipotong kecil, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan jika perlu baru masukkan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan, ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan dengan segera..
Hmmm hari ni nak masak ape???
And it's only 8.30AM!!

XoXo