25 April 2014 - Dia

Hari ni aku nak citer pasal encik Qaiser..
Lately ni hari-hari tanya aku kalau tak pun dia yang bagitau aku whether esok aku keje or cuti...
Dia akan cakap macam ni:
Esok, mama keje...
or

Esok mama cuti ke?
Sometimes daddy, atuk, kakak Qis pun dia akan tanya benda yang sama..

Sian dia bosan tak de orang nak teman dia main kat rumah agaknye..

Lagi satu, dia suka cakap 'nasik nasik'..
Ape tu nasik nasik?
Hahaa dia tak pelat tapi ada certain words yang dia tak dengar dengan betul..
Bila kita betulkan baru dia boleh sebut perkataan tu properly..
Contoh ni la.. nasik nasik..

Mama ni nasik nasik lupa..
or
Kakak ni nasik nasik tido kan ma?
Hahaha yea betul...! Nasik nasik ialah asyik asyik... :P

And then bila azan..
Bila dengar azan je dia akan jerit (walaupun kakak dia duduk kat sebelah je... ikut mama la tu jerit² :P)Dia akan jerit macam ni

Kakaaaaak!! Dah azan!!
Lepas tu dia akan bagitau semua orang, dah azan..
Bila orang amik wudhu dia pun sebok amik wudhu..
Bila orang solat dia pun sebok solat sekali..
So bila dia nak join solat aku akan baca niat solat bagi dia dengar dulu... dia akan tengok aku sambil tersengih lebar..
Lepas tu baru mula solat..
Sejuk hati tengok encik Qaiser..

Tapi ada satu benda yang aku tak tahan dengan encik Qaiser ni, asal pergi kedai je nak toy baru..
Tak kisah la pegi memane pun.. mesti dia nak toy baru..
Memang ler... salah aku..asyik belikan dia toys je..
Tapi lepas last weekend, no more toys for Encik Qaiser!!
Kenapa?
Sebab penat aku mengemas toy box dia..
ada 3 kotak ok!!
Kereta dia dah berlambak²! Trucks.. lorry.. bus.. semua ada!
So udah² la dengan toys dik..
No more..!

Adik..adik..

Semua panggil Encik Qaiser adik kat rumah..
Tapi bila aku marah aku akan panggil nama dia.. Qaiser!!
Kejap lagi dia balas balik 'Adik laaah! Bukan Qaiser!'
Tapi bila orang tanya nama, pandai pulak cakap Nik Qaiser Nasr Bakti! :P

Kadang² datang nakal dia, saje nak cari pasal dengan orang..
Bila mama marah , makin dia buat..
Nak kena peluk, baru berhenti melawan..
Manja..

Kadang² bila mama marah, tiba² dia tersengih.. macam kerang busuk..
Camane nak marah?

Haha
It's been 3 years now since he came into this world..
Sekarang we just can't imagine not having him around..
Mesti pelik dunia ni kalau adik takde..

Sayang Encik Qaiser!
♥ ♥ ♥




XoXo

No comments: