Part 4/∞ : Sekeping kertas kecik

Valentine's Day 2000
Dia duduk di hadapan Shrooms KLCC sambil menunggu mamat blind date yang di set malam tadi dalam mIRC.
Ada boyfriend pun tak guna! Entah-entah dating dengan betina lain! Rungutnya dalam hati.

Apehal ramai pulak orang pegang bunga hari ni?! Mementang Valentine's Day perlu ke nak berbunga bunga bagai?
Dia jeles sebenarnya.
Percintaan selama 2 tahun dengan budak skate tu tak membawa apa-apa makna setiap kali tiba hari valentine.
Tak percaya katanya. Tak ade apa yang nak di sambut.
Fair enough.
So hari ni cuma sama macam hari² yang lain untuk mamat tu.
Ah, kita gelarkan mamat A je.

Dia jeling jam di lengan.
Lambat lagi.

Tengah mengelamun tetiba datang sorang mamat berapron putih.
"Dik, nah. Budak tu bagi, bukan saya tau! Budak tu ha," sambil menghulur sekeping kertas kecil yang berlipat.
Dia menoleh ke belakang.
Mamat mane? Hensem ke tak?
Ada 3 orang lelaki tengah mengendeng di pintu Gloria Jean's Cafe.
Tersengih-sengih macam kerang busuk.
Dia membaca kertas kecik tu. 'Nak mintak no phone, boleh?'
Dia tersenyum lalu berkata kepada si pembawa surat "Ha, kalau nak suruh dia mintak sendiri ye,"
Tersengih lebar budak tu sambil berlalu.

Tak sampai 5 minit datang sorang mamat tinggi, kurus... Comel jugak,haha lalu duduk di sebelahnya.
Tersengih macho.
Jay namanya.
Kata dia aku mirip ex-tunang. Berambut pendek aras bahu, bertubuh kecil...
So not what anyone wanted to hear isn't it?
Rasanya dia dapat tak no handphone aku?

Haha Let's just say someone spent the rest of that day smiling away...

-Out-
for now...

2 comments:

Jun said...

hi hanie..apekabo? hmmm...kalu umo dah mcm ahkak ni, x d dah org mintak phone no..in my dream only ma..nk kna start workout nk jd mcm Jlo tu, hahahaha

Hanie Ly said...

hahaha kak jun...ni citer lame... zaman bebudak dulu...! zaman skank nih takde le... bejalan mesti bawak anak! ;P