Part 2/∞ : Budak selekeh yang popular?

Entah kenapa waktu tu budak skate sangat popular.
Semua budak perempuan nak berkawan dengan budak skate.
Cool katenye.
Dia takde la popular atau glemer macam budak² Convent.
Dia ni budak form 4 biasa je. Kalau jalan kat town tu takde la mamat nak suit ke ape.
Nerd, selalu bertocang kecil di tepi rambut.
Tapi gara-gara mIRC dia dah tersangkut dengan sorang mamat skate!
Ape lah yang cool sangat dengan dorang nih.
Pakai seluar pun londeh.
Hidup pun terbarai.
Kalau overnight, selalu kene kejar dengan D8. Bersepah lari takut terkantoi.

C3-P0: Ok. Deal. Hari Sabtu ni kita jumpa dekat Metro ok?
K-Babe: Camne I nak kenal u?
C3-P0: I rambut panjang, suar baggy rabak. bawak beg polis kaler hitam.
K-Babe: Ok. C u then. gtg. bye.

Dalam hati dia ragu-ragu dengan diri sendiri. Macam real je kau ni.. Berani ke kau nak jumpa dia?

* * *

Hari Sabtu pun tiba. Dia tunggu je mamat ni dekat pintu masuk Metro.
Port budak² melepak.
She scanned the crowd. Tiba - tiba matanya terhenti pada seorang budak berseluar londeh.
OK...takkan itu dia kot? Bisiknya dalam hati.
Rambut panjang - checked!
Seluar baggy... rabak! - checked!
Beg polis besar kaler hitam - checked!

Ahh... confirm dia!
Tapi dia masih tak bergerak dari tempat duduk nya.
Pandangannya dialihkan laju bila mamat tu membalas pandang.
Masa dah time ni. Tapi aku macam tak berani je nak tegur! Bisiknya lagi dalam hati.

Tiba-tiba mamat tu berjalan menuju eskalator.
Dia pun bangun mengikut dari jauh. She kept a distance.
Bila mamat tu naik eskalator, dia pun naik.
Bila mamat tu turun, dia pun turun.

Comel jugak budak ni tapi selekeh.

Mamat tu asyik tengok jam kat lengan.
Akhirnya dia mengalah lalu keluar dari Metro.
Sorry encik C3-P0, aku tak rasa macam nak jumpa kau hari ni.
Lepas dah bosan meronda dalam Metro macam orang takde hala tuju dia pun naik bas untuk balik.
Perjalanan balik akan melalui Skate Park di Sungai Kantan.
Dia melihat ke luar tingkap.
Itu dia si mamat berseluar londeh sedang meluncur dengan papan selajunya.
Dia tersenyum sendiri.

- Out -
for now.

Tribute untuk engkau... Si mamat berseluar londeh.

4 comments:

illafira said...

ni kisah ko di zaman sekolah eh

Hanie Ly said...

ha ha... ye ker? ;P

illafira said...

mcm ye jerk.. hahaha

Hanie Ly said...

hahaha shhh... ;P