July 24, 2011 - Kepak kepak kepung kepung~!

Last night kitorang gi...hmmmm pak mertua aku punye adik punye anak punyer wedding reception...
Kire sepupu daddy la kan?
Dorang buat kat D'saji di Felda Jalan Semarak...

Pengantinye...
(pengantin lelaki cam actor korea pun ade! Style rambut dier tuh kot...)
~ cantik tak dress dier? ~



Kitorang yang serba putih cam nak kawen lagi skali...+ Qaiser yang buas!!


Qistina dengan Adila...


~ kek pulut kuning...sempoi kan? ~

Pelamin & kitorang... sempat...


Dengan Qaiser yang semakin lasak...that was the longest 2 hours dinner I have ever had... ;P

Roger & Out!

July 21, 2011 - Pisang lebam

Ape nak buat dengan pisang yang dah hampir lebam?
Kite buat kek pisang!
And entah pe ke buang tebiat ke ape tengah malam tadi aku buat kek pisang...



Senang jer!
Kalau nak try meh cube...

Bahan-bahan
3 biji pisang berangan
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan gandum

Cara-cara
Lecekkan pisang sampai lumat.Kemudian masukkan minyak dan soda bikarbonat.Gaul sebati.
(Bahan A)

Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula.
Masukkan bersama esen vanilla .
Kemudian masukkan adunan pisang (Bahan A) ke dalam bancuhan telur dan gula
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C atau mengikut kesesuaian oven masing2.

Haaaa senang kan?
Pastu Daddy pulak duk sebok suruh buat dalam acuan cupcake tuh...
Senang makan katenyer..
So aku ipun buat la 2 dulang acuan. Kalau tak buat kang merajuk plak...
;P





Para tester sme kate sedappp! Blum sempat sejuk da habis sparuh...!
;P
So jawabnye hari ni bekfes kek pisang ye?


Roger & Out!


P/S: Ade orang excited dapat mixer baru semalam sbenarnye... ngeh ngeh Tenkiu Daddy!

Part 4/∞ : Sekeping kertas kecik

Valentine's Day 2000
Dia duduk di hadapan Shrooms KLCC sambil menunggu mamat blind date yang di set malam tadi dalam mIRC.
Ada boyfriend pun tak guna! Entah-entah dating dengan betina lain! Rungutnya dalam hati.

Apehal ramai pulak orang pegang bunga hari ni?! Mementang Valentine's Day perlu ke nak berbunga bunga bagai?
Dia jeles sebenarnya.
Percintaan selama 2 tahun dengan budak skate tu tak membawa apa-apa makna setiap kali tiba hari valentine.
Tak percaya katanya. Tak ade apa yang nak di sambut.
Fair enough.
So hari ni cuma sama macam hari² yang lain untuk mamat tu.
Ah, kita gelarkan mamat A je.

Dia jeling jam di lengan.
Lambat lagi.

Tengah mengelamun tetiba datang sorang mamat berapron putih.
"Dik, nah. Budak tu bagi, bukan saya tau! Budak tu ha," sambil menghulur sekeping kertas kecil yang berlipat.
Dia menoleh ke belakang.
Mamat mane? Hensem ke tak?
Ada 3 orang lelaki tengah mengendeng di pintu Gloria Jean's Cafe.
Tersengih-sengih macam kerang busuk.
Dia membaca kertas kecik tu. 'Nak mintak no phone, boleh?'
Dia tersenyum lalu berkata kepada si pembawa surat "Ha, kalau nak suruh dia mintak sendiri ye,"
Tersengih lebar budak tu sambil berlalu.

Tak sampai 5 minit datang sorang mamat tinggi, kurus... Comel jugak,haha lalu duduk di sebelahnya.
Tersengih macho.
Jay namanya.
Kata dia aku mirip ex-tunang. Berambut pendek aras bahu, bertubuh kecil...
So not what anyone wanted to hear isn't it?
Rasanya dia dapat tak no handphone aku?

Haha Let's just say someone spent the rest of that day smiling away...

-Out-
for now...

July 18, 2011 - Powerboat lah sangaattt...!

Semalam pepagi Dayang da call aku ajak gi Putrajaya.
BF dier ade manage satu Powerboat event.
Orang tu kate sampai sane dalam kul 12... Kitorang sampai dalam kul 1 stengah...
Powerboat pun da habis...
Hahahaha sengal...

Tapi, takpe la...
At least Qis dapat bejalan dengan Mia...

Da bosan bergamba kat Precint 6 tuh kitorang pi Alamanda...
Since kitorang tak reti jalan kat sane so terpakse la berpusing² 2-3 kali before we found out that Alamanda is at Precint 1!
-_-'
Putarjaya bak kate Mia...

Powerboat dah tak jadi, sempat lagi pi kaloke....
Kaloke kat sini touch screen hokeh... takde remote remote!
Hahaha terkesima jap aku...
Nak kene berdiri kat sebelah screen tuh carik lagu...

Cukup time, balik!
;P

Motif: release tension jap dengan BFF... ;P

Layan gambo.












My fav photo:


P/S: Apehal la Putrajaya neh panasss sangat???

Roger & out!

Part 3/∞ : Erk!!!

Habis cerita Be Kind Rewind, mereka keluar ke taman untuk merokok.
Agak kekok dengan si tinggi ni coz dia agak pendiam.
So she decided to end the date.
He sent her to her car.

"Hm.. OK, thanks for everything..." katanya sambil tersenyum.
"OK, no problem. Drive safe." balas si lelaki lalu meng'hadiah'kan sekucup ciuman di pipi.
Dia tergamam.
Erk! Ok. That is soooo not suppose to happen... katanya dalam hati lalu masuk ke dalam kereta dan beredar.

Beberapa minit kemudia dia terima satu sms di hand phone nya.
'Sorry kalau I buat u terkejut tadi. So, does dat mean we're a couple now? Sorry I tak reti bende bende macam ni'

Macamane ko nak reply?

- Out -
for now..

Tribute untuk kamu, Si tinggi...

July 16, 2011 - Sape tak suka shopping?!

Tadi Daddy ajak pi jalan...
Kengkonon nak beli baju raya Qistina & Qaiser sambil tengok wayang...
Sudahnye wayang kemane, baju raye bebudak ke mane, aku yang dapat shopping!
Hehe
Naik je dari parking terus kuar kat Topshop...
Terus ter-nampak Zara Further Markdown...
Giler weh...
Nasib baik encik Daddy offer nak belanje...
Dapat la aku rembat jeans sepasang dengan top...
Jadi ler.. wuuu kang lelebih kang offer di tarik balik kang susah...

* Gambar nih aku Google. Malas nak upload.

Pastu pi carik kasut tinggi Qistina...
Sebok la dengan muncung asyik kata 'asyik beli barang mama je... saye nak kasut tinggi...!'
Carik kasut tinggi dier tuh sampai berpinar mate aku...
Last² jumpe gak...
Pastu nak jacket plak... Barbie plak tuh...
Kalau dah BabiBarbie tuh... huhu belasah je kakak ye... janji Daddy yang bayo... hehe
Sempat la beli jeans untuk Qaiser sepasang... Since hari tu dah beli a few shirts dia untuk raya...
Lepas tu Daddy dah ajak balik...
Standard. Battery da habis. -_-'

So kesimpulannye pergi shopping dengan mama berdua lagi syok kan Qis?
Psstt esok okeh!
;P

Roger & Out!

Part 2/∞ : Budak selekeh yang popular?

Entah kenapa waktu tu budak skate sangat popular.
Semua budak perempuan nak berkawan dengan budak skate.
Cool katenye.
Dia takde la popular atau glemer macam budak² Convent.
Dia ni budak form 4 biasa je. Kalau jalan kat town tu takde la mamat nak suit ke ape.
Nerd, selalu bertocang kecil di tepi rambut.
Tapi gara-gara mIRC dia dah tersangkut dengan sorang mamat skate!
Ape lah yang cool sangat dengan dorang nih.
Pakai seluar pun londeh.
Hidup pun terbarai.
Kalau overnight, selalu kene kejar dengan D8. Bersepah lari takut terkantoi.

C3-P0: Ok. Deal. Hari Sabtu ni kita jumpa dekat Metro ok?
K-Babe: Camne I nak kenal u?
C3-P0: I rambut panjang, suar baggy rabak. bawak beg polis kaler hitam.
K-Babe: Ok. C u then. gtg. bye.

Dalam hati dia ragu-ragu dengan diri sendiri. Macam real je kau ni.. Berani ke kau nak jumpa dia?

* * *

Hari Sabtu pun tiba. Dia tunggu je mamat ni dekat pintu masuk Metro.
Port budak² melepak.
She scanned the crowd. Tiba - tiba matanya terhenti pada seorang budak berseluar londeh.
OK...takkan itu dia kot? Bisiknya dalam hati.
Rambut panjang - checked!
Seluar baggy... rabak! - checked!
Beg polis besar kaler hitam - checked!

Ahh... confirm dia!
Tapi dia masih tak bergerak dari tempat duduk nya.
Pandangannya dialihkan laju bila mamat tu membalas pandang.
Masa dah time ni. Tapi aku macam tak berani je nak tegur! Bisiknya lagi dalam hati.

Tiba-tiba mamat tu berjalan menuju eskalator.
Dia pun bangun mengikut dari jauh. She kept a distance.
Bila mamat tu naik eskalator, dia pun naik.
Bila mamat tu turun, dia pun turun.

Comel jugak budak ni tapi selekeh.

Mamat tu asyik tengok jam kat lengan.
Akhirnya dia mengalah lalu keluar dari Metro.
Sorry encik C3-P0, aku tak rasa macam nak jumpa kau hari ni.
Lepas dah bosan meronda dalam Metro macam orang takde hala tuju dia pun naik bas untuk balik.
Perjalanan balik akan melalui Skate Park di Sungai Kantan.
Dia melihat ke luar tingkap.
Itu dia si mamat berseluar londeh sedang meluncur dengan papan selajunya.
Dia tersenyum sendiri.

- Out -
for now.

Tribute untuk engkau... Si mamat berseluar londeh.

Part 1/∞ : Pengsan dalam lift

Dia masih lagi marah dengan Dino gara-gara MySpace.
Boleh bayangkan tak? Sepasang kekasih bergaduh disebabkan MySpace??
So she gave him a silent treatment.
Nota: Satu tempat kerja dengan si dia memang menyusahkan! Bila tengah bengang macam ni, kalau tak nak tengok muka dia pun terpaksa jugak tengok sebab satu office...

So the only thing she could do at the moment is ignore him.

Lepas lunch, dalam lift nak naik ke office, Dino still tried to make a conversation with her.
She ignored him.
Tiba - tiba Dino rebah ke lantai. Macam nangka busuk.
Mata nya terpejam rapat.
Si dia panic lalu bersuara "Dino? Dino?? You ni kenapa ni?"
Tak de response.
"Dino? You ok tak??" Dino masih tak bergerak.
Panic.
Tiba di tingkat 16, pintu lift terbuka.
Dino pun bukak mata sambil tersenyum.
Kemudian tergelak.
"Bodoh" bisik dia dalam hati. Tapi tak dapat menahan diri dari tergelak sama.
Memang bodoh mamat ni.
Boleh pulak berlakon macam ni!
Dalam hati masih geram!
"Ah, lu bangun lah sendiri!" katanya...

Rasanya lepas tu tak menjadi lagi silent treatment dengan mamat ni.
Entah stunt ape pulak yang dia nak buat??

- Out -
for now...

July 14, 2011 - This is what happen when...

Qistina goes on facebook without my surveillance...

* click on photo to enlarge

Dan aku sebagai seorang mama yang prihatin harus lah menggelak kan dia...
:D

P/S: Qaiser is 6 months old today! Yeay!

Let's give them a hand!

Some people can be less fortunate than others...

This one story has touched my heart.
Cause it's true...
Cause out there, somewhere, a wife and mom has cancer...
Cause out there, somewhere, a baby is without his mom's touch...
Cause out there, somewhere, a family is struggling...



I could never imagine how I would face it if I were in her shoes...

Full story here: CLICK HERE!

Let's help!
Let's give them a hand...!

cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif


Thank you friends!
God bless!

July 12, 2011 - Up up and away~~!

Alalaa kesian orang kecoh kecoh pasal traffic yang sangat terok last week due to BERSIH.
I didn't know...
I didn't care... I was at home the whole week!
;P
Oh by the way, politic still sucks.
Do whatever, they're still not the ones paying my house mortgage!

OK that is so not what I wanted to talk about here...

Last Sunday, for a moment there, We were almost complete!
Nenek came and visit for while...
Wahh anak² buah aku da besar!
The last time I saw Danish,he called me Yonn yonn (Mak Long)
When he came down the stairs to my apartment, he shouted Mak Long~~~! Clear!
Rindu nyeeaaa!!

And Danial, the eldest is so tall, dark and handsome!
Aku tanya dia, camne sekolah abang? (he's in standard 3)
And he said... Tak ok!
Alahai... abang kan budak pandai!
Kene rajin baca buku la abang...

Owh and Damia... Oo my... she's sooo halus...!
Takutnye maklong nak dokong...
Seronok dia main pusing pusing dalam walker Qaiser...

Didnt get to see Dina though cause she went to Melaka with her mom...

And last but not least...
Nenek... Ibu... my mom...
Kurusnye ibu...! Hmm she's hyper a bit...
She was fasting that day...
I only get to tapau some cekodok for her...

After they all went back, Qis said 'Mama, nanti saya nak tanya maksu macam ni: boleh tak saya nak mintak nenek tinggal di rumah saya seminggu?'
I just laughed at her...
Little that I know, she went and posted that on her maksu's fb!
:S

This photo, I will cherish forever...


Roger and out!

July 09, 2011 - Ho ho hott!

I wanna be 42 and still lookin hot like J. Lo...
Can ar??



I'm into you *gelek* I'm into you *gelek* I'm into you *gelek* Yeeaaahhh~~

Out of my mind...
Roger!

July 05, 2011 - I wish...

I have something interesting to tell...
But I really don't...

Actually I could share a a few words on how we celebrated Daddy's 37th birthday...

Or when we (yes, we...including atok) went out to watch Transformers 3...
But ended up doing something else instead because the tickets were sold out.
(including the 3D)

Or how I hate going to the office lately and so I went on MC for a couple of days...

Or that story about when my bitches and I (including 2 handsome princes) finally get to hang out and... well, bitching, after the longest time...

I have a lot of stories to tell actually...
But I'm not really in the mood to blog.
(I'm not really in the mood to transfer all of the photos from my stupid old Sony Ericsson)

Tell me...
Have you ever want something sooo badly that when you can't get it you become depressed for a while?
I guess I am in that stage...
I need a while to bounce out of that stupid rejected feeling...

Qaiser and Qistina have been a couple of angels...
But not enough to push me to keep going everyday...
Just enough to get me out of bed every morning...
:D



Until the day I finally bounce back...

Roger & out!