Jan 27, 2011 - Bersawang!

I'm stuck in a blizzard of life...
That's why...
Berpantang tak adalah sangat memakan masa sampai tak boleh nak on PC and update blog.
Aku bukan jenis berpantang tu tidoooooooooooo je satu hari.
Tapi takde lah aku nak melompat² cam anak monyet kan...
Kang kalau dah bentan baru tau.

Alhamdulillah So far Qaiser sangat² macam Qistina masa baby...
Jarang sangat nangis.
Malam pun kadang² je nangis...
So aku tak berapa stress...
Semalam hari ke-12, tali pusat Qaiser dah tanggal.
Sama dengan Qis jugak. Luruh on the 12th day.
Malam dia tido nyenyak...
Aku pulak yang duk kejut dia selang 2 jam nak bagi susu...
Tak tahan woh dengan swollen breast neh...
Saket...
Dari aku pump baik aku bagi dia minum...

Berpantang lagi 31 hari...
Can't wait to catch up with life!

Here's Qaiser at day 10th...
Qis has been busy playing with someone else lately...
Rindu sungguh nak guling² dengan dia...
Tunggu ma baik ok abie cuk! ;P

Jan 15, 2011 - What they say is true...!

That every pregnancy is different!
Every labor experience is totally different!
And what I went through yesterday proved it right!

Khamis subuh, Daddy balik keje lambat…
Pukul 3 pagi aku tersedar tengok Daddy baru je sampai rumah…
Sempat borak² dengan daddy kejap sebelum masuk tido dalam pukul 5 pagi…
Tapi aku tak boleh tido pun dek perut nih asyik la mengeras…
Dalam hati dah terdetik sebab selang waktu mengeras tu quite often dari biasa…
Tapi contraction tak kuat sangat…
Tapi aku cakap dalam hati… jangan la keluar sekarang… aku ngantuk nih…

Ngam² pukul 6pagi aku rasa cam keluar period… panas je…
Rupanya air ketuban dah bocor!
Sempat aku mandi, ngam² daddy pun terjaga...terus pergi hospital…
Sempat aku cakap bye kat Qis sebab dia pun tiba² terjaga…
Aku bitau dia aku nak pergi hospital, sedih siap nak ikut…
Alahai anak ma bucuk sorang ni…
Tapi lepas aku explain and cakap nanti aku bawak balik adik, baru dia ok…
Aku pun kejutkan ibu… Masa aku nak keluar tu, Qis nak masuk tido balik dengan nenek die…
Takde la aku risau sangat…!

Masa dorang check baru je terbuka 2cm…
Mana nak sangka, gara² contraction tak berapa nak kuat, sampai 7.30petang bukaan baru 4cm!
Baru dorang hantar aku masuk ke labor room…

Masa Qis dulu, masuk wad 7 pagi, kul 6.30ptg dah selamat bersalin…
Sikit pun sakit aku tak rasa sebab ada Epidural…
This one gave me quite an experience!

Bayangkan dari 8mlm sampai pukul 12midnite, cervical dilation masih tak berubah…
Still 4cm!
Tapi sakit contraction dah kuat walaupun aku still boleh tahan…
Doctor yang in charge epidural pulak tengah occupied in a surgery…
Dugaan betul!
Daddy pun sabar je teman aku dalam labor room tu… Sian dier, dengan keje and tak cukup tido!

Masa ni aku dah nak menangis, sebab doctor bagi 2 jam lagi sampai pukul 2 pagi…
Kalau dilation still sama, terpaksa la aku merasa di ceasar.
Aku tanya kat Daddy…
‘Ada apa² ke yang you tak maafkan I Dy?’

Daddy cakap
‘Takde Mie, I maafkan semua… I izinkan you lahirkan anak kita ni,’

Emosi giler OK! Kalah cerekarama but I swear it was real!
And like a miracle, contraction aku terus kuat and the dilation dengan magicnya terus terbuka dari 4cm ke 7cm!
Tak tahan nak teran!
By the next contraction, bidan dah suruh push!
Sakitnya, Tuhan je la yang tahu…
But again, what they always say is true… lepas baby dah selamat keluar at 1.03am, there’s no pain that I couldn’t bare…
Tengok baby je, sakit semua hilang!
Bawak keluar uri, no pain…
Masa jahit, bidan tu bius, so no pain…
Sakit sikit masa postnatal check tuk tengok ada darah beku ke tak…


Alhamdulillah!
My prince Nik Qaiser Nasr Bakti was born! The first time I saw him = priceless.
Date: 14 January 2011 at 01:03AM
Weight: 2.8kg

Kat ward, he was exactly like his sister… Takde okkk takde ekkk… Senyap je…
Petang tu aku dah mintak nak balik… Even though the paed insisted that I stay for another day because they need to monitor the baby’s temperature…
Sebab aku leaking awal, takut baby ada infection…
So far, alhamdulillah! Both baby and mama are healthy…

Balik semalam semua exhausted!
Tak peduli sangat nak makan ke ape, breastfeed baby then terus tido!
Rindu sangat dengan Qistina… Dia pun tido awal dengan mama…

Today bangun je dah macam expert, mandikan Qaiser dengan air suam…
(expert la sangat… pagi² dah call adik mintak advice… She’s the expert, anak dah 4! ;P )
Daddy pun kemas² rumah… gorengkan my first day of berpantang food, ikan bilis + halia + lada hitam…

Qaiser cuma nangis bila dia pooped (tak selesa kot?), mandi and lapar…
Sekarang tengah tido… That’s why aku sempat blog.

I wanna thank my bff, Dayang and Myn, sebab escort anak raja tu balik semalam…
Dayang la yang temankan aku kat ward masa tunggu nak beranak…
Bosan owh duk spital!
And thank you Maksu for visiting yesterday and for the lovely rompers! Kurma yang kamu bawak tu pun sedap! Cam prune! ;D

Thank you Daddy for giving me a beautiful prince!
Here we go again!
:D

Thank you friends for the lovely wishes and Doa…

Here's photo of the day: My heart and souls...
Qistina and Qaiser

Jan 10, 2011 - Masih...

risau!
Hari ni Qis gi sekolah dengan beg yang berat!
Aku rasa sama berat dengan dia sebab dah kene bawak buku teks...
Dah la kelas kat tingkat 2...
Sian Qis... 60 kali aku pesan jangan lari² and hold the handrail masa naik turun tangga/van...
Moms can never stop worrying I think!
:S

Tadi pagi bukak je FB dapat good news!
A friend yang due date sama dengan aku dah selamat pun melahirkan baby boy petang semalam...!
Alhamdulillah dah selesai dah dia...! Aku nih bilaa???~~
Qis pun dah tanya² bila adik nak keluar...
Haha nanti adik keluar, you tolong ma jaga lah! boleh sayang? ;P

So far contraction ni masih bergurau dengan aku...
Kejap² dia mai selang 10 minit pastu hilang...
Tengah tidur dia acah² pastu hilang...
Tapi alhamdulillah baby masih bergerak...!
Alah, esok bila Dia kata keluar, keluar lah anak ni kan?
Tapi aku subconsciously dah standby aje...

Tahniah Intan! Comel baby awak!
Dapat jugak bersalin normal! :D


Hari Sabtu bermalam kat Serendah.
Lama tak balik... dapat la restkan otak dari fikir nak masak ape, dari kemas rumah, dari fikir nak buat apa...
Balik umah MIL memang relax... tolong buat keje kat dapur pun sikit² je... cuci pinggan ape yang patut...
Kalau ikutkan Tok Ba ape keje pun dia tak bagi buat dah!
Perut dah besar katenye!
Hahaha
Tok Ma masih sebok jahitkan quilt untuk cucu yang bakal lahir ni...
Walaupun ni cucu yang ke berape belas entah aku pun dah lost count!
I'm blessed to have these people in my life actually... Syukur Alhamdulillah!

Layan je la photo² random neh... bukan blog aku la kalau takde gambo kan? ;P

P/S: I don't mind if you wanna share the same birth date as mama, adik! 11th is just perrfeecccttt! Hahaha ;P

~ Sesi guling² ~

~ Hari ni nak ikat rambut cam gini... semalam aku dah potong lagi fringe bagi pendek! Kalau tak serabai jek! ~

Photo of the day:
~ On they way back home from Rawang.. Suh tido tanak tido... last² hamek... posing maut nye tido dier bagi ;P ~

Jan 6, 2011 - Jangan ko fikir...!

Ko boleh bersenang-lenang bile anak dah pergi sekolah ye cik Hanie...
NO no no no no...
Rutin harian aku sekarang sangat penuh...
Ingat tak keje boleh la membungkang kat rumah kan... DONT COUNT ON IT!
Huhu letih ok!

Kalau dulu pas Daddy gi keje aku boleh la membungkang...
Pagi² confirm nenek bangun untuk siapkan Qis gi SRK, pastu atuk hantar Qis naik van...

Sekarang, pas Daddy gi keje, mata terang jek sampai kul 9 baru dier nak mengantuk.
Kalau dapat layan tido pun dalam sejam.
Lepas tu bangun dalam kul 10 nak siap kan breakfast and bekal Qis. (budak kecik ni suka tidur lambat, so dalam kul 10 pagi baru dia bangun... kalau dia tidur cepat pun, nanti dah pukul 12 tengah malam confirm dia bangun... nak roti la, ape la, layan katun satu pastu baru tido balik... INI HABIT AKU KENE KASI BUANG! Mak tak larat nak layan!)
Lepas tu, layan dia makan, mandi siap² gi sekolah sampai kul 12.30 tengah hari...

Sempat la nak tarik nafas sehela dua...

Lepas tu aku pulak nak mandi, solat... kalau layan mata confirm terlajak sampai petang.
Lepas tu fikir ape nak masak...
Buat keje umah ape yang patut...
Layan tenet ni tup tup dah pukul 5...
Ko nak tidur kul 5? Jawab nya time daddy balik keje kang aku confirm tengah mimpi lagi!
Terabai pulak laki aku kang... ;P

Sebelum tu tunggu Qis balik sekolah dulu...!
Lepas Qis dah balik sekolah, ngam² aku jadi mandur jap suruh dia mandi(kalau tak jangan harap nak mandi! Dah bau cam anak bangla... melekit!)
Dia nak makan ke pape...
Pastu baru tunggu daddy balik...
Kalau dia OT, menyengkang mata la aku tunggu dia balik...
Tapi oleh kerana dah malam memang time tido, kadang² aku tido je bertemankan Qis dan bantal busuk...
Tu pun biasenye dalam pukul 11 mlm paling awal aku tido.
Dah tak larat sgt la nak tunggu tu...
Kalau tak aku teman kan Daddy borak ke men gem ke, kul 12 ke kul 2 baru boleh cakap Good night darling...
Takde la laki aku macam diktator tak bagi aku tido kan...
Dia ok je... aku la nak melepaskan rindu... satu hari tak jumpe kan... (alala mengado...! Macam orang baru kawin semalam pulak kan... tapi para² penasihat ramai yang mengatakan kalau tak kita yang amik effort tuk mengekalkan kemesraan berumah tangga tu sape lagi nak buat? tapi ni dah masuk citer lain... so kalau nak bahagia sampai tua, pandai² la ucap i lap you darling hari² okeh!) hehe

Esok dah ade baby pulak tak tido langsung la aku jawabnye...
Tengok la macammana...
Time management tu penting!
Tapi bagus gak... takde la keje aku nak tidoooo je kan?
Sok susah nak beranak (slim) baru kau tau!

Nak buat camane kan...
Selagi bergelar bini orang slash mama, kerja takkan pernah habis...
Tugas seorang wanita ye anak²...
Kalau kerja, laaagi mana ada masa nak fikir rehat² kan?
Balik kerja nak tengok anak, nak kemas rumah lagi...
Tu sebab time cuti tu pandai² la jadi kucing, bermanja² dengan laki pulak...

Syukur di kurniakan teman penyeri hidup!
Saje je nak kongsi cerita...
Kesimpulannya, jangan fikir kaum ibu yang duduk kat rumah tu kerja nye goyang kaki aje ye... ;P

Jan 4, 2011 - My baby girl all grown up...

OK… entry pasal ape lagi kalau tak citer anak baru masuk sekolah…
Maybe ramai dah muak baca pasal anak masuk sekolah hari ni…
But this is special to me because my only child entered the primary school for the very first time!
:)

Rasa macam baru minggu lepas ku timang²…
Rasa macam baru semalam ku hantar pergi sekolah tadika and she was 3!
Semalam dah masuk darjah satu and she will be 7 this year! Insyaallah!


Daddy, we have done a good job raising her!
She didn’t show any fear at all!
In fact, she was excited to go to school!
Walaupun tido kul 4 pagi semalam… Hari ni kul 11 dah ku kejutkan.
Senang je bangun, breakfast and siap nak gi sekolah!

Since Daddy postpone his start date at his new workplace, takde lah aku terkangkang terkoyak sensorang menguruskan sekolah, van etc etc…
Team work bebeh!
While Daddy carikan van, aku tunggu temankan Qis sampai sesi perhimpunan selesai.
While aku dengar taklimat kat dewan, Daddy beratur untuk bayar yuran kat kelas.
Ngam² waktu rehat, selesai semua! Alhamdulillah!

~ Her first assembly ~

~ Duk baris depan sekali! Bagus! Bleh concentrate skit! ~

Sampai waktu rehat, aku tunggu Qis kat kantin je…
Dia turun dengan kawan baru dia, terus cari best friend dia si Mya.
Takde pulak dia heran nak beli ape².
Elok je makan bekal yang dia suruh aku buat awal².
Cume nye tadi aku dah bagi duit belanja RM2.
Baik nye pulak hati dia bagi si Mya seringgit masa perhimpunan…
Alahai.
Esok jangan pemurah sangat ye anak… ;P

~ Qis and her best friend from SRK, Mya ~

Lepas dah makan Qis tanya aku:
Ma kata tadi bila saya dah masuk kelas, ma nak balik?

Aik.. dia halau aku balik??
Hmm tapi syukur lah anak seorang ni tak buat perangai kan?
Lepas je rehat terus aku dan Daddy balik…
Waktu dia keluar sekolah, kitorang pergi balik untuk tunjukkan van.
Daddy carikkan van yang driver nye perempuan…
Takde la aku risau sangat!
Pastu kitorang tunggu kat rumah.
Elok je Qis, terus dapat kawan baru!
Janji dia seronok and happy pergi sekolah!

I hope you will stay in the first class sampai you habis sekolah!
I hope you will make us proud!
Nonetheless, I am already so proud to be your mommy dear Qistina…
* hugs *

One more day tomorrow… Then kami takkan teman dia di sekolah lagi…
Daddy pun dah start kerja hari Rabu.
I don’t think I need to be around anymore as well!
Tak larat pun…
Ni pun dah flat out kepenatan… Ye ler, selalu petang² confirm tido! :P
Qis pun elok je tido awal hari ni…
Nite² princess…! Another day tomorrow!

Jan 3, 2011 - I pray as the clock is ticking...!

On new year's eve, we watched the fireworks from AKLEH...
Janji nampak... ;P
Malas je nak gi Dataran Merdeka or anywhere else...
Confirm ramai orang!
Aku dah tak larat nak berasak dengan orang!
Besides we leave the house at around 11:30PM.

I was contemplating whether to put or not this ugly photo of me with my big tummy...
But in the end I decided to upload it… Buat kenangan…
Why not eyh?


~ AKLEH ~


~ Blue is sooo not the color for a pregnant woman! ~


~ Qis and daddy ~


~ She’s been asking for this since the day we went to I-City… Last² beli kat Kg Bharu jek… janji dia diam… Hari ni bende tu dah tersadai kat atas kerusi ~

Anyway, my pregnancy dah masuk minggu ke 37…
Kalau ikut full cycle of pregnancy, ada 3 minggu lagi to go!
Dalam 21 hari lagi…
The baby is still kicking… Syukur Alhamdulillah~!
And bag untuk gi hospital dah siap packed!
Thanks to Maksu’s guidance sebab aku dah lupa ape yang perlu di bawak…
Cuma minyak panas untuk aku je aku tak masukkan lagi dalam beg…
Tunggu bila nak gi hospital nanti (kalau ingat)...



Takut? Oh yes… very much!
Orang kata setiap kelahiran tu pengalamannya berbeza… SO yes! Aku sangat takut!
Sebab masa Qis dulu aku tak rasa sakit langsung, dari mula sampai la habis jahit.
Sakit dalam pantang je… standard.

Takut if anything is wrong with the baby’s health… or mine!
Aku serahkan pada Yg Maha Esa… Doa aku hari² semoga baby ni sihat walafiat!
Perasaan takut yang ni masa mengandungkan Qis pun aku rasa…!

Takut pada macam² kemungkinan lah!
Gara² baca blog² pengalaman bersalin ibu² yang lain!
Made me realize how easy it was for me to deliver Qis back then.
Syukur Alhamdulillah!

Yang pastinya hari tu akan tiba where I have to face my fears and deliver this baby into this world!
Doa aku agar Dia permudahkan segala urusanku…
Forgive me dear Daddy if I have done so many mistakes in my life that has hurt you…
Forgive me dear family if I have hurt you in any way that I may or may not intended to…
And forgive mama dearest Qistina if I have failed in any way to be a good mom for you…
As I am not perfect!
Amin~!
I love you all!


Kalau sempat I'll update my status in FB, Twitter or here before I check in!
Doakan semua selamat untuk aku dan baby!! :D

Macam nak bersalin esok je kan?
But then, who knows~ ;P

Nite nite... Qis's first day at school tomorrow.
And none of us is asleep yet! :S