October 19, 2010 - Pemergian yang syahdu

Title cam sedih giler je..
Tapi memang aku tak sangka pun menghantar orang gi menunaikan haji ni sesuatu yang memilukan!
Malam tadi Kak Long dan suami dah selamat berlepas ke Mekah.
Since adik beradik Daddy ni memang rapat jadi kami pun pergilah sekali hantar dia ke Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya...
Sebelum tu ada sedikit makan-makan dan doa di rumah Along kat Damansara.
Sebaik sebelum berangkat, masa orang masjid baca azan, mula lah sesi sedu sedan...
Memang sedih giler lah time tu.
Susah gler aku nak tahan airmata ni dari meleleh.
Lagi-lagi bila anak Along yang baya Bubu dah menangis teresak-esak.
Tapi makcik maintain OK.
Segan den nak nangeh depan orang ramai.

Qis pun sedih je tengok orang sedih-sedih tapi mesti die tak tau la kenape orang semua sedih2...
Aku pun dengan penuh lemah lembut (podah) meng explain: Mak long nak pergi Mekah... Jauh! Nanti 46 hari anak-anak dia tak dapat jumpa dia...
Qis: 46 hari tu lama ke ma?
Lame... sebulan lebih!

Tapi Qis bukan reti beza pun sebulan lebih dengan seminggu tu bape hari... So takde makne aku nak explain dengan lebih jauh kat sini...
;P

Then off to Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya.
Yang berlepas malam ni semua pakej dengan Gemilang je.
Dengan Tabung Haji takde.
Lagipun dorang buat tengah malam buta gini, takde la leceh (panas) orang nak menunggu.
Flight nye pukul 5.30pagi.
Kul 12.00 tengah malam dah berkumpul kat Tabung Haji tu.

Kitorang antara yang terakhir balik. Lepas Kak Long and suami dah selamat masuk ke balai berlepas untuk ke KLIA.
Sempat singgah baazar makan burger. ;P

Semoga Kak Long dan Abg Zizie selamat menunaikan Haji yang Mabrur...


~ Orang yang di rai ~


~ Budak kecik yang sebok... Psst nanti da besar anta ma dgn Daddy gi Mekah yea... ;P ~


~ Perempuan pregnen yang selekeh ~


~ Qis & geng, Ila ~


~ Family ~



Tak sure pulak Tok Ma lap airmata sedih ke or air mata post eye surgery dier ari tu... ;P
Anyway, Mama akan berada di rumah Along sepanjang pemergian Along nanti.
Nampaknye pas ni kerap la aku ke Damansara.

Tu aje...
Jumpa lagi December nanti Long...
Selamat pergi dan balik...

2 comments:

Dda Ly said...

itu diaaa perut yon suda nampakkk...:D :D

mak long said...

yaaa.... perut yonn suda besar.... hehehehe ;P