September 04, 2010 - 8:41PM: Kali pertama masak rendang!

The title says it all!
Selama 28 tahun aku hidup kat muka bumi ni, ni la kali pertama aku masak rendang ayam.
Tetibe je semalam terpikir, camne la kalau aku tak pernah masak rendang?
nanti bila ibu atau MIL dah tak ada, siapa nak masakkan rendang untuk aku?
(Saya doakan mereka panjang umur!)

So aku pun google lah resepi rendang ayam.
Aku ni masak memang tak berape nak terel.
Tak reti langsung la senang!
Tapi kalau mood nak masak tu datang memang aku google je resepi nye.
Nasib baik zaman skank ni semua benda bleh di google jek.
Alhamdulillah... setakat ni tak de la lagi masak aku yg out terus!
;P

Tapi rendang ni kalau tak kena caranya memang ke laut.
Mula-mula masak tu suspense je...
Sebab dia belum kering kan...
;P
Dah tu tunggu time buka puasa, nak dengar komen dari daddy
Dier nih bab makan memang cerewet!
Sebab Tok Ma kalau masak perghhh memang terbaik!
Segan pun jadik hilang. Bertambah-tambah aku kalau makan kat umah Tok Ma.
Lelagi tengah pregnen nih.

Anyway, Alhamdulillah...
Daddy bagi thumbs up!
:P
Boley la kite masak rendang ayam raye nih
* wink *

Aku dapat resepi ni dari sini.
Tapi cara dia agak simple sangat jadi aku bega sikit ikut resepi masak rendang daging.



Kalau nak try, ni resepi nye ye...
Senang lah sangat.
Kalau aku pun boleh buat, korang mesti laaagi boleh buat.
;P

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]
Sedikit gula melaka

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Tumis cili kering sampai naik minyak.
3. Masukkan semua bahan-bahan kisar, ayam dan gula melaka dan kacau hingga sebati.
4. Bila dah kering masukkan santan, kerisik, daun kunyit dan garam.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.

Dan ini pulak gambar Bubu yang buat sepah atas katil aku...
Pedas pedas, habis gak sepinggan nasik dia makan...
;P

2 comments:

illafira said...

wah rajin nye dia memasak..

Hanie Ly said...

safira: skali skala bile mood masak tu sampai... ;P