July 8, 2010 - Saya yang bercita-cita tinggi!

Semalam aku blog walking.
Maklum lah 13 hari duduk kat rumah, inilah masa aku nak meluaskan pengetahuan. (konon)...
Semenjak 2menjak ni rajin sangat tengok-tengok blog bloggers yang suka menjahit..
Terjumpa lah aku blog ni..

Bila aku tengok blog Durra tu terus teruja!
Sebab dia ada mention kat mana dia beli majalah jahitan Jepun tu.
Itu yang tak pasal-pasal je hari dah petang terus ajak Qistina ke KLCC!

Sampai-sampai je bawa dia pergi makan dulu.
Then terus ke Kinokuniya.
Qistina memang suka ke kedai buku!
Maklumlah kedai buku sekarang ni bukan je ada buku, mainan pun ada...
First stop, magazine section.
Sebijik majalah Jepun pun aku tak nampak!
Ramai pulak orang.. segan aku nak tanya.
Jadi aku ajak Qistina ke Isetan.
Kalau tak silap aku, di Isetan ada kedai stationary Jepun.
Tapi memang aku silap pun! Maaana ada kedai stationary Jepun di dalam Isetan tu!
:)
Entah lah yang aku nampak tu kat mana... Tak ingat lah!

Jadi kami pergi jalan-jalan, cari ice-cream...
Then teringat aku nak tanya kan maksu.
Maksu kata, cari majalah Australian Smocking & Embroidery.
Jadi kami ke Kinokuniya sekali lagi.
Kali ni aku tebalkan muka tanya pada shop assistant tu kat mana aku boleh jumpa Japanese Sewing Magazines.
Rupanya tersorok di bahagian belakang Kinokuniya.
Besar jugak sectionnya. Cuma tersorok.
Heaven!
Hampir kesemua majalah jahitannya ada pattern percuma!
Rambang mata sekejap. Hampir 1 jam juga kami kat sana.
Qistina pun dapat habuan OK... Teman kan Mama.
Set pencil color baru dan buku sketch. :)

Akhirnya aku pujuk hati ni supaya jangan tamak.
Lagipun ini kali pertama aku nak cuba menjahit dengan menggunakan pattern.
Dengan buku berbahasa Jepun pulak tu!
Setelah lama membelek, aku pilih majalah yang ada gambar kanak2 perempuan pakai blouse purple ni.
Buku ni berbalut dengan plastic.
So I just try my luck with it.
Tengok pattern macam banyak je kat dalam! (Memang pun!)
Hehehe








Memang aku puas hati dengan majalah ni.
Ada banyak yang aku boleh cuba dan pelajari!
Daddy balik je terus bagi Daddy tengok buku tu dan ehem pau Daddy duit untuk beli kain.
Biar dia tahu betapa bersemangat nya aku nak menjahit!

And I'm going to make RM81.20 worth every sen!
:D
Agak tinggi cita-cita aku yang tak reti menjahit ni kan!

No comments: