July 3, 2010 - Cik Nanie Macaronie

Hari ni Daddy kate nak pergi Tesco tapi last minute tukar plan.
Sebab Daddy nak bermalas-malasan di rumah. Esok Daddy kena kerja. :S
Kami bawa Qistina pergi makan favourite food dier, Hot Dog di A&W,
Beli barang dapur skit,
Tak lupe juge beli barang untuk menjahit.
Mood nak menjahit tetibe dah datang balik, time kasih pada maksu...
Semuanya di dalam radius 10km dari rumah saje.

Sampai je rumah,
Qistina nak makan macaroni pulak.
So saya gigihkan juga ke dapur.
Malas tolak tepi.

Senang je nak masak macaroni goreng.
Cume nak memotong, mericih dan merebus untuk sediakan bahan-bahan tu leceh sikit.

Ini resepi saya,
Pakai ikut sedap je.
Ada yang suka tambah telur, cili merah, dll.
Tapi yang paling favourite saya, macaroni di Chop n Steak Kampung Baru.
Beshhh!
Hm da lame tak pergi makan kat luar...
(Padahal baru malam tadi gi makan kat Wangsa Maju dengan Dayang)

Anyway, kalau nak cuba resepi saya,
Cara-cara nya kat bawah ni...:
1) Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di potong dadu. Bak kata orang tua2 (Eg MIL saya) kalau masakan nak sedap, goreng bawang sampai betul2 garing



2) Masukkan daging cincang yang telah di rebus. Mula-mula memang basah sikit. Goreng sampai agak kering.


3) Lepas tu masukkan pulak green pepper/capsicum(potong dadu) dan cendawan (potong ikut suka). Gorengkan sekejap.


4) Agak-agak capsicum tadi dan cendawan dah masak, masukkan carot yang telah di ricih. Boleh potong dadu kalau suka tapi saya malas. :)


Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.

5) Bila dah cukup rasa, masukkan macaroni yang telah di rebus tadi. Gaul rata.


6) Akhir sekali masukkan tomato puree atau pasta sauce. Saya gunakan Prego Pasta Sauce. Kalau pakai tomato puree tu agak-agak sikit sukatannye sebab tomato puree selalunya masam sikit. Tengok la brand ape.


7) Kacau kan rata dan rasa lah. Kalau dah cukup masin manis semua, dah siap lah macaroni cik Nanie... Bleh la makan puas-puas. :)


Senang kan!
:)

2 comments:

illafira said...

wah rajinnya memasak...

Hanie Ly said...

skali skale... bdk kecik nih nak makan...terpakse la layan kan je... ;P