July 15, 2010 - Kecian bibie cik ma

Setelah sebulan saya tak menghadirkan diri ke ofis (ayat skema sungguh),
Tadi saya paksakan jugak diri yang pemalas nih pergi ofis.
Sebab banyak benda nak buat untuk Workshop minggu depan.
Huh memang busy pun... kul 8 dah tercangak kat ofis, ingat pukul 5 nak blah.
Sekali meleret sampai pukul 7pm jugak baru dapat balik.
Bagus jugak. Jalan tak berape nak jem.

Balik2 Qistina merengek kata mata nya sakit.
Memang bengkak pun tapi semalam tak seteruk macam hari ni.
Kesian anak saya sorang tuh.
Mandi pun tak nak.
Makan pun tak nak.
Nak mama ni jugak pujuk baru lah mandi wangi anak bucuk caye tu...

Lepas mandi Daddy ajak makan kat luar.
So saya bawak Qis gi klinik dulu
Sambil Daddy order makan.
Doktor kata infection di kelopak mata.
So doktor bagi ubat bengkak dan antibiotik.
Nasib baik ubat kat Klinik Burhan nih sedap
Takde la seksa na nak suruh Qis makan ubat.



Tengok tu huduhkan bengkak tu?
Surut cepat lah yea bengkak oiee...
Kesian tengok anak chumel caye tu menahan cakit...

P/S: Daddy tengah mengecat bilik belakang tempat saya menjahit... SO, tak dapat la saya melepas gian menjahit 2-3 hari ni. Sampai bau cat hilang. :( Tak suka warna biru yang huduh!(nanti saya snap pic. tadi malas) ;P

2 comments:

illafira said...

ala.. ciannye kat dia

Hanie Ly said...

kan kan...sib bek deir rajin makan ubat... da surut da kit...