July 14, 2010 - I love polka dot!

Project pertama dari buku jahitan Jepun yang aku beli hari tu dah berapa hari tertangguh.
Semata-mata tunggu nak jahit tepi.
So tadi aku rajin kan jugak diri (yang semakin pemalas) ni pergi ke kedai jahit.
Tak jauh mana pun...



Kemudian, macam biasa, boss aku pulak,
Bila dia di Rusia nih, dah pukul 6 petang baru lah start nak bagi kerja.
Pening kepala.

Nak release tension, dalam pukul 8 aku mulakan menjahit...
Now I know that I hate bias tape!
Sebab mesin antik aku tu susah sikit nak jalan bila jahit bias tape.
Tak taulah kenapa?
Dah lah takde kaki yang sesuai!

Dalam 3 jam baru siap baju pertama untuk Cik Qistina!
Itu pun sebab it took me almost an hour to finally decide to use elastic thread untuk kedutan. (nasib baik. kalau tak, tak muat!) ;P

Masa baju ni siap Qistina dah tidur...
Awal dia masuk tidur hari ni. Pukul 7!
Jap lagi pukul 12 dia bangun. Ahh sudah...
Tapi bagus jugak. Dapat dia try baju ni.
Sampai tak nak bukak...

Ini lah hasilnya...!

~ Sila abaikan background yang bersepah tu yea... ~



Macam selalu, banyak lagi yang aku perlu kemaskan.
Mungkin lain kali aku akan lebarkan strap nya.
Cik Qistina suka baju ni jadi boleh lah aku buat banyak-banyak!
:D

Oh yea, hari tu jugak saya buatkan pencil roll yang baru untuk Qistina.
Semenggah sikit rupanya... kan?
Hari-hari dia bawak pergi sekolah.
Suka-suka je best friend dier mintak buatkan satu.
Tunggu aunty free yea Maya!


P/S: Dah pukul 12 tengah malam. aku baru lepas goreng cekodok untuk Daddy yang belum balik dari kerja. Tak sampai hati nak kata No sebab dah banyak hari dia request. Cepat balik yea daddy. Cekodok dah tungguuu... ;P

4 comments:

illafira said...

pandai gak ko masak cekodok eh.. hehehe

Hanie Ly said...

Safira: hahaahah sonang je tuh...;P laki aku nih buang tebiat mintak cekodok memalam bute..adeh...

Dda Ly said...

hishh suke tauuu wat diriku kepingin cekodokkk....

maklongg, watkan laa pencil roll utk danial n nia satuu...huhuhuh
asyik2 ilang je pencil color nyee..:((

Hanie Ly said...

Dda: pi goreeenggg.... heheheeh Iyeala...nanti saye buatkan yea... ;P