July 29, 2010 - Owh so random!

First note: Bile kite rindu kat orang tu, tapi dia balik dan terus tengok ikan kesayangan dia si kelisa. Memang hampeh! Pbth!

Patutnya today ada appointment di klinik ibu & kanak-kanak at 9AM but he's still sound asleep and it's 10AM!!
Malas nak kacau!
Penat kot? Drive jauh semalam?
Whatever.
* I dont give a damn mode on *
If he doesnt care about his baby then why should I.
OK I blame the stupid hormone for that cruel statement.
Sorry baby! Ma loves you no matter what! ;P

Anyway, after a few weeks (finally after a long battle against laziness) I managed to complete the 2nd blouse for Qistina.
Practice makes perfect it is!
Yup. I must say it is much better this time.
Baru boleh jahit satu lagi (maybe with a matching skirt) untuk raya.
:D




2 days ago, I went out with Dayang, Min and the girls.
We had dinner at The Yellow Cab,near Heritage Row.
On Min. Thanks babe!
;P

~ Qistina & Mia ~ They get along pretty well! Just like me and Dayang...


~ The girls ~


~ Me & the girls ~

Fun night out.
Bile lagi nak kuar. Next week Min dah balik ke Dubai after her wedding...
I'm gonna miss her...! Qis pun... No doubt!

So semalam we went out again.
Just me, Min and Qis.
Bawak budak kecik tu gi KLCC.
Nak main playground. The weather was nice yesterday.
And I bought 2 more Little Black Dress's books at Kinokuniya.
I ran out of books to read after I finished with the last one at my MIL's house last weekend.
Tempted to buy another sewing book, but... buku yang lagi satu tu pun tak try semua project lagi so...


I kind of collecting them for Qistina when she grows up!
(As if...) ;P
The last book I read, Italian for Beginners really sucked me into Rome.
:P~
It is a delightful story, loaded with lots of evocative images of Rome.
Really.

On the other hand, Min minta tolong saya gubahkan barang hantarannya.
Pandai sangat lah saya ni kan?
I will try my best babe!
So this will be the first time I'm doing it!
I'm off googling for ideas!

Oh before that! A special note for Dayang Atiqah... the best friend I've ever had,
Even tho she can be a bitch sometimes (but then again who doesnt ey?)
Happy birthday!
God bless you!
Stay hot!
Moga cepat dapat jodoh!
Love yah!

July 28, 2010 - Rinduuuu!

Daddy outstation ke JB, 2-3 hari...
Sunyi pulak bile daddy takde...
Rindu...
*Sob Sob*

This song is dedicated to Daddy!
Miss you darling!



Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia

Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari

Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula

Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya

Agar di teman cinta yang suci itu

July 25, 2010 - Life update!

Busy busy week...
I'm juggling my time between working from home, and helping my dear Jasmine with her wedding preparation.
Last Friday, baru family belah lelaki datang merisik.
As soon as her future husband reached KL from Dubai, the whole family terus pergi ke rumah Mine.
Pukul 12 tengah malam OK!
Tak pernah di buat orang.
;P
Tak caye je my friend's getting married!

Spent the whole Saturday doing nothing.
Rasa macam nak menjahit tu ada tapi kemalasan mengatasi segalanya!
Orang kata kalau pregnant malassss nanti baby banyak meragam!
Err betul ke? Harap tak la... ooiii...!

Cik Qistina baru belajar kayuh basikal roda 2!
Daddynye dah buang 2 side wheels tu...
Bape minit je terus pandai dier kayuh...
Bukan susah sangat pun kan?
Complete dengan protection pads OK... (Ambil dari roller skate barbie nye)

Here's her pic, and video yg senget (kalau rajin nak tengok)
Dier punye corner lipat macam mat rempit kate mak ngahnye.



Dah malam Daddy pulak datang mood rajinnye, siapkan cat bilik.
So my room is now completely in purple hue.
Reminds me of The Unicorn club from The Sweetvalley twins.
;P

I cropped the photo. Didnt really like the rest of the room. ;P

Habis tak boleh tido.
Pening kepala bau cat.
Some people say the paint's odour is not good for the baby...
Hm.
So tadi gi rumah tokma tido the whole day.
Tak tahan.

Amik kain kat bawah ni.
Ingat nak suruh Tok Ma jahitkan gaun untuk Qis tapi Tok Ma dah tak nampak nak menjahit,
Bulan August nanti baru nak operate mata.
So saya ambil baik kain.
Konon nye nak buat baju raya untuk Qis?
Kalau buat baju kurung pun cantik tapi saya tak reti...
Huhuhu
Tengoklah esok jadi apa?

July 21, 2010 - Bile mama mengidam

Mase first - first pregnant dah teringin nak makan ketam.
MIL masak ketam masak sambal sampai menjilat jari di buatnye!
Tok ma kalau masak memang first class!

Then teringin nak makan durian, 3-4 bijik licin aku sorang yang kerjakan...!
Siput sedut masak lemak...
Nasik ayam Linda Onn...
Yummm....!
Semuanye best!

Yang paling latest, ice cream cake!
Dari semalam, tetibe je teringin nak makan ice cream cake.
Hari ni kengkawan bawak pi Ampang Point, kebetulan Min nak cari cincin kawin,
Apelagi, sempat la aku beli ice cream cake...
Daddy kate this is a very rich baby!
Nak makan cake pun cake yang mahal...
Ngehehehe sabar je la...
Dari air liur dier meleleh je esok kan?

Here's something feast your eyes with! :D


Tak sampai 5 minit dah licin!

July 18, 2010 - The things that made my Sunday

I had to work on Saturday.
Which is shitty coz I spent the whole Saturday at work with Bubu.
And got home flat tired.

I even work on Sunday morning when my friends, Dayang and Jasmine came over with Mia.
Dayang's little girl.
It was nice to have your good friends spent the Sunday with you at home.

But this definitely made my Sunday a good one!

My first ultra sound!

Lepas chat dengan adik semalam, terus aku gi buat ultrasound dengan Mine.
Mine is expecting too! :D
But still too early for her to do an ultrasound.

Hello baby! Good to see you for the first time!
Masa doc scan, baby tu move. But it's still too small for me to feel it.
Min cakap macam buat ago-go.
Ahahaha the baby's saying hi to me lah!

Everything looks normal.
The heartbeat is fine.
And is at the size that it should be!
Syukur Alhamdulillah!
*Secretly praying for a Qaiser, but Qaisara would be nice too! ;P

Am going again after 3 months to find out it's gender... (3D? maybe..)
Harap baby ma sihat! Amin!

Before that I went to get this from the online shop owner. Free COD! :P
Tak sedor perut dah besor... Macam muat je nak pakai kan!

~ That's not me. I bought the shirt. Tapi bile aku pakai jadik dress pulak. I love it anyway~

Then lepas Maghrib, we all went to Tesco with Mine.
Suka betul Qistina. Mane tak aunty Mine rajin melayan!

So that was my Sunday.
I am sleepy now.
Gnite baby, Gnite Qistina, Gnite Daddy.
Gnite all..

July 15, 2010 - Kecian bibie cik ma

Setelah sebulan saya tak menghadirkan diri ke ofis (ayat skema sungguh),
Tadi saya paksakan jugak diri yang pemalas nih pergi ofis.
Sebab banyak benda nak buat untuk Workshop minggu depan.
Huh memang busy pun... kul 8 dah tercangak kat ofis, ingat pukul 5 nak blah.
Sekali meleret sampai pukul 7pm jugak baru dapat balik.
Bagus jugak. Jalan tak berape nak jem.

Balik2 Qistina merengek kata mata nya sakit.
Memang bengkak pun tapi semalam tak seteruk macam hari ni.
Kesian anak saya sorang tuh.
Mandi pun tak nak.
Makan pun tak nak.
Nak mama ni jugak pujuk baru lah mandi wangi anak bucuk caye tu...

Lepas mandi Daddy ajak makan kat luar.
So saya bawak Qis gi klinik dulu
Sambil Daddy order makan.
Doktor kata infection di kelopak mata.
So doktor bagi ubat bengkak dan antibiotik.
Nasib baik ubat kat Klinik Burhan nih sedap
Takde la seksa na nak suruh Qis makan ubat.



Tengok tu huduhkan bengkak tu?
Surut cepat lah yea bengkak oiee...
Kesian tengok anak chumel caye tu menahan cakit...

P/S: Daddy tengah mengecat bilik belakang tempat saya menjahit... SO, tak dapat la saya melepas gian menjahit 2-3 hari ni. Sampai bau cat hilang. :( Tak suka warna biru yang huduh!(nanti saya snap pic. tadi malas) ;P

July 14, 2010 - I love polka dot!

Project pertama dari buku jahitan Jepun yang aku beli hari tu dah berapa hari tertangguh.
Semata-mata tunggu nak jahit tepi.
So tadi aku rajin kan jugak diri (yang semakin pemalas) ni pergi ke kedai jahit.
Tak jauh mana pun...



Kemudian, macam biasa, boss aku pulak,
Bila dia di Rusia nih, dah pukul 6 petang baru lah start nak bagi kerja.
Pening kepala.

Nak release tension, dalam pukul 8 aku mulakan menjahit...
Now I know that I hate bias tape!
Sebab mesin antik aku tu susah sikit nak jalan bila jahit bias tape.
Tak taulah kenapa?
Dah lah takde kaki yang sesuai!

Dalam 3 jam baru siap baju pertama untuk Cik Qistina!
Itu pun sebab it took me almost an hour to finally decide to use elastic thread untuk kedutan. (nasib baik. kalau tak, tak muat!) ;P

Masa baju ni siap Qistina dah tidur...
Awal dia masuk tidur hari ni. Pukul 7!
Jap lagi pukul 12 dia bangun. Ahh sudah...
Tapi bagus jugak. Dapat dia try baju ni.
Sampai tak nak bukak...

Ini lah hasilnya...!

~ Sila abaikan background yang bersepah tu yea... ~



Macam selalu, banyak lagi yang aku perlu kemaskan.
Mungkin lain kali aku akan lebarkan strap nya.
Cik Qistina suka baju ni jadi boleh lah aku buat banyak-banyak!
:D

Oh yea, hari tu jugak saya buatkan pencil roll yang baru untuk Qistina.
Semenggah sikit rupanya... kan?
Hari-hari dia bawak pergi sekolah.
Suka-suka je best friend dier mintak buatkan satu.
Tunggu aunty free yea Maya!


P/S: Dah pukul 12 tengah malam. aku baru lepas goreng cekodok untuk Daddy yang belum balik dari kerja. Tak sampai hati nak kata No sebab dah banyak hari dia request. Cepat balik yea daddy. Cekodok dah tungguuu... ;P

July 11, 2010 - Pencil roll yang senget benget

Daddy Kerja hari ni.
Bosan!
Bila bosan nak buat apa?
Let's sew!

Saya dapat tutorial ni di sini.
Nampak macam senang, tapi saya dah tersalah buat satu step.
Dan jahitannya pun senget benget.
Ada slot yang kecil dan ada slot yang besar.
Tapi si kecil saya suka sangat dengan pencil roll ni!
Saya janji nak buatkan yang baru yang lebih elok untuk dia!
There's a first time for everything right?
And the first time doesnt have to be perfect!
:)







On another note, I am 12 weeks pregnant!
Daddy is so happy to see me eat a lot!
Wait till I start to look like a baloon.


~ We cant wait to see you baby! ~

July 9, 2010 - Hellooo Fabrics!

Petang tadi saya ajak Qistina ke Carrefour.
Niat utama nak beli kain!
:)

Dekat sejam juga kami kat Nagoya tu.
Saya in baru je nak berjinak-jinak dalam dunia jahitan ni.
So pilih kain tu tak berapa picky sangat.
Janji dapat belajar.
Tapi tak tau la saya ni suka sangat dengan pattern bunga.
Sampai kawan saya pun panggil saya minah bunga.
;P

Hasil belian hari ni:



Range harga dari RM2.50 semeter hingga RM9.80 semeter.
Kain yang paling atas tu saya nak buat cushion cover yang baru.
Raya kan nak dekat? Mati la.. Kain untuk baju raya pun tak cari lagi!
:(
Dah lah raya tahun ni tak boleh beli baju siap.
Mane ada baju kurung untuk orang pregnent??

Melalut plak.
Tak sabar saya nak tukar kain-kain nih jadi baju!
:D

A few on the list: tutu, pencil roll, cushion cover & blouse for my little princess!

On a sad note: My little niece, Mia has been admitted to GH again due to lungs infection. Let's pray for her health! Cepat baik Mia! We all love you!

July 8, 2010 - Saya yang bercita-cita tinggi!

Semalam aku blog walking.
Maklum lah 13 hari duduk kat rumah, inilah masa aku nak meluaskan pengetahuan. (konon)...
Semenjak 2menjak ni rajin sangat tengok-tengok blog bloggers yang suka menjahit..
Terjumpa lah aku blog ni..

Bila aku tengok blog Durra tu terus teruja!
Sebab dia ada mention kat mana dia beli majalah jahitan Jepun tu.
Itu yang tak pasal-pasal je hari dah petang terus ajak Qistina ke KLCC!

Sampai-sampai je bawa dia pergi makan dulu.
Then terus ke Kinokuniya.
Qistina memang suka ke kedai buku!
Maklumlah kedai buku sekarang ni bukan je ada buku, mainan pun ada...
First stop, magazine section.
Sebijik majalah Jepun pun aku tak nampak!
Ramai pulak orang.. segan aku nak tanya.
Jadi aku ajak Qistina ke Isetan.
Kalau tak silap aku, di Isetan ada kedai stationary Jepun.
Tapi memang aku silap pun! Maaana ada kedai stationary Jepun di dalam Isetan tu!
:)
Entah lah yang aku nampak tu kat mana... Tak ingat lah!

Jadi kami pergi jalan-jalan, cari ice-cream...
Then teringat aku nak tanya kan maksu.
Maksu kata, cari majalah Australian Smocking & Embroidery.
Jadi kami ke Kinokuniya sekali lagi.
Kali ni aku tebalkan muka tanya pada shop assistant tu kat mana aku boleh jumpa Japanese Sewing Magazines.
Rupanya tersorok di bahagian belakang Kinokuniya.
Besar jugak sectionnya. Cuma tersorok.
Heaven!
Hampir kesemua majalah jahitannya ada pattern percuma!
Rambang mata sekejap. Hampir 1 jam juga kami kat sana.
Qistina pun dapat habuan OK... Teman kan Mama.
Set pencil color baru dan buku sketch. :)

Akhirnya aku pujuk hati ni supaya jangan tamak.
Lagipun ini kali pertama aku nak cuba menjahit dengan menggunakan pattern.
Dengan buku berbahasa Jepun pulak tu!
Setelah lama membelek, aku pilih majalah yang ada gambar kanak2 perempuan pakai blouse purple ni.
Buku ni berbalut dengan plastic.
So I just try my luck with it.
Tengok pattern macam banyak je kat dalam! (Memang pun!)
Hehehe








Memang aku puas hati dengan majalah ni.
Ada banyak yang aku boleh cuba dan pelajari!
Daddy balik je terus bagi Daddy tengok buku tu dan ehem pau Daddy duit untuk beli kain.
Biar dia tahu betapa bersemangat nya aku nak menjahit!

And I'm going to make RM81.20 worth every sen!
:D
Agak tinggi cita-cita aku yang tak reti menjahit ni kan!

July 6, 2010 7:24PM - Lazy Pants

Hari ni aku cuba jahit sepasang seluar untuk Qistina.
Aku panggil Lazy Pants.
Senang sangat nak buat! Cuma ukuran kena betul.
Memandangkan aku tak pakai pattern (Tak reti dan tak de printer), aku cuma agak-agak saja ukurannya.
2-3 kali potong jugak lah.
Maybe yang kecil tu boleh aku jahit untuk anak buah aku, Mia.
:)

Aku jumpa di tutorial (not really a tutorial but it gives you the basic idea of what to cut to make a pair of pants & it works!) di sini.
Aku ubah sikit untuk memenuhi citarasa anak dara aku tu...
Aku tak jahit tepi pun!
Saja nak cuba tengok boleh jahit ke tak...
Lain kali aku jahit proper sikit!

Bila dah siap, Qistina terus nak pakai!
Sampai bila-bila katanya.
Dia memang suka pakai seluar 3/4.
Nanti aku nak borong kain! Jahit banyak2 skirt dan seluar! :D

Mungkin lepas ni boleh cuba jahit skirt dan seluar untuk diri sendiri pulak!




Qistina dan Poopy. Puppy kesayangan dier. :)
Amcam? Pass tak maksu??

July 4, 2010 - I did it!

I finally did it!
Berjaya juga saya jahit sesuatu yang boleh di pakai.
Akhirnya.

A twirly skirt for Qistina!
Walaupun dengan kain RM2.50 semeter.
Jadilah buat belajar kan?
Saya belajar dari sini
Saya dapat website ni dari sini.

Dan hasilnya, tada!!~


Masih banyak nak di perkemaskan.
Masih banyak nak di pelajari.
Macih maksu kerana beri saya inspirasi. :)

Tuan badan pulak sangat lah seronok.
Memang dier suka pakai skirt sejak dua menjak ni...
Kalau tak dulu asyik pakai pants je.
Nanti ma jahit banyak-banyak tuk Bubu yea.

:)

July 3, 2010 - Cik Nanie Macaronie

Hari ni Daddy kate nak pergi Tesco tapi last minute tukar plan.
Sebab Daddy nak bermalas-malasan di rumah. Esok Daddy kena kerja. :S
Kami bawa Qistina pergi makan favourite food dier, Hot Dog di A&W,
Beli barang dapur skit,
Tak lupe juge beli barang untuk menjahit.
Mood nak menjahit tetibe dah datang balik, time kasih pada maksu...
Semuanya di dalam radius 10km dari rumah saje.

Sampai je rumah,
Qistina nak makan macaroni pulak.
So saya gigihkan juga ke dapur.
Malas tolak tepi.

Senang je nak masak macaroni goreng.
Cume nak memotong, mericih dan merebus untuk sediakan bahan-bahan tu leceh sikit.

Ini resepi saya,
Pakai ikut sedap je.
Ada yang suka tambah telur, cili merah, dll.
Tapi yang paling favourite saya, macaroni di Chop n Steak Kampung Baru.
Beshhh!
Hm da lame tak pergi makan kat luar...
(Padahal baru malam tadi gi makan kat Wangsa Maju dengan Dayang)

Anyway, kalau nak cuba resepi saya,
Cara-cara nya kat bawah ni...:
1) Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di potong dadu. Bak kata orang tua2 (Eg MIL saya) kalau masakan nak sedap, goreng bawang sampai betul2 garing



2) Masukkan daging cincang yang telah di rebus. Mula-mula memang basah sikit. Goreng sampai agak kering.


3) Lepas tu masukkan pulak green pepper/capsicum(potong dadu) dan cendawan (potong ikut suka). Gorengkan sekejap.


4) Agak-agak capsicum tadi dan cendawan dah masak, masukkan carot yang telah di ricih. Boleh potong dadu kalau suka tapi saya malas. :)


Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.

5) Bila dah cukup rasa, masukkan macaroni yang telah di rebus tadi. Gaul rata.


6) Akhir sekali masukkan tomato puree atau pasta sauce. Saya gunakan Prego Pasta Sauce. Kalau pakai tomato puree tu agak-agak sikit sukatannye sebab tomato puree selalunya masam sikit. Tengok la brand ape.


7) Kacau kan rata dan rasa lah. Kalau dah cukup masin manis semua, dah siap lah macaroni cik Nanie... Bleh la makan puas-puas. :)


Senang kan!
:)

July 2, 2010 - Eeeuuw~!

Just had my first puke just now.
Tengah masak tetibe tak sedap badan.
Pastu muntah.

Cam dalam citer exorcist tuh.
Tak tipu.
Euw.

But it felt good afterwards.
:)

Tak tau la if it's because of the pregnancy ke ape?