June 30, 2010 - Dik? Or Kakak? & Makcik

Tadi saya pergi register untuk monthly check up di Klinik Ibu dan Kanak2 DBKL di Kampung Baru...
Dah biasa kat sana.
Dulu dengan Qistina pun kat sana.
Siapa kata Klinik Kerajaan tak bagus?
OK je layanannye.
Kemudahan pun lengkap.

Mula-mula dier ukur tinggi, berat, tekanan darah dan kandungan gula dalam badan.
Lepas tu ambil darah.
Saya paling benci bila kena ambil darah.
Tengok jarum yg panjang tu pun dah kecut.
Rupenye dier cucuk sikit je...
Tapi masa dier cabut tu sakit ckit la. ;P
Pekat jugak darah kite nih rupenye.

Pas dah ambil darah, tunggu dier siapkan buku rekod kesihatan.
Masa nak buat tu nurse tu panggil kite ke dalam.
'Masuk dik,' kata dia,
Lepas tu dia bagi balik IC saya, baru dier perasan yang saya ni lagi tua dari dia.
Dia cakap kat kawan dier, 'panggil adik rupenye kak. Rupe tak macam kak,'
Pastu dier senyum.
Saya tengok kat name tag dier 851008-18-****
Beza 3 tahun je dik...
Agaknye baya-baya saya nih nak kena ada wrinkle kat bawah mata kot?
:)

Tapi nasib baik 'adik nurse' tu cakap dengan saya baik-baik.
Ada pulak sorang makcik endon umur 42 tahun.
Nurse yang layan dier tu cakap pun macam tegas je, duk kat belakang saya.
Nurse tu suruh dia tulis pekerjaannya kat atas buku rekod tu.
Makcik tu tulis: Pekerjaan: Ikut Suami.
Nurse tu tanya, 'Suami awak kerjanya bawak teksi, habis macammana awak ikut die? penumpang nak duduk kat mana?'
Makcik tu jawab, 'Saya tak ikut dia. Saya duduk di rumah. Tak kerja,'
Nurse, 'Oooh cakap la surirumah,'

Alahai makcik endon ni..
Saya tengok macam ayam dan itik.
;P
Saya dengan nurse tu senyum je dengar.

No comments: