March 25, 2010 – Addicted and confused

2-3 hari ni asik gatal tangan nak menjahit je…
Dua hari lepas habis patah 2 batang jarum aku kerjakan masa jahit kaki seluar jeans aku.
Nak tunjuk terel konon kan…
;P

Semalam aku jahit alas sofa dengan baki kain dari cushion cover hari tu.
Semata-mata nak melepaskan gian.
Tapi aku ni kena banyak belajar bersabar.
Tak cepat je, jadinya tak semenggah.
Tapi bilaa tengok macam nak celebrate Chrismast pulak!
Terlalu merah?



On the other hand, Daddy asik kerja overtime je…
Kesian.
Boss kepala tak betul.
Sabar je lah kan?

Semalam daddy balik pukul 2 pagi.
Sempat aku tanyakan mengenai hasrat aku nak sambung belajar tu.
Daddy sokong 100%!
Katanya boleh jadi contoh yang baik untuk Bubu yang akan masuk darjah 1 tahun depan.
Hm kepala otak aku ni dah berkarat.
Boleh ke study?
Tak confident dengan diri sendiri… Macammana?
Tengok sample soalan assessment subject math pun dah menakutkan.
Boleh ke aku ni?
InsyaAllah!
Aku mesti cuba sedaya upaya!

Aku masuk ofis lewat hari ni.
Overslept.
Tak ada kerja yang nak di buat pun.
Tunggu masa je.
Pukul 1 balik.
Malas nak tunggu lama-lama…
Boleh lepaskan gian menjahit!
:)

2 comments:

Dda Ly said...

heeheee bile da ado mesen n kain, manjang gatal nk menjait la kan...then baru u tau nape ade org sanggup abaikan mase tido utk menjait..hihi welcome to da club!!

p/s : elo elo, sedangkan atok umur 60 ponn leh blaja lagi...bukan umur o otak berkarat yg jadi ukuran ye??tp kemahuan...:d GUD LUCK!

mak long said...

haahahah terrible addictions... klu ade 1 juta ringgit utk beli kain kan best! ;P

ahahah yela yela im going for it! ;P